Memaparkan catatan dengan label mengenangkan nasibnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengenangkan nasibnya. Papar semua catatan

Rabu, 13 Julai 2011

WAHAI SEMUA ALAM (SM) 4





sajak pilihan warga Cr.


Wahai Engkau langit malam,
yang  menyelimuti semua bintang
dengarkanlah luahan isi hatiku
yang kini mulai malap tanpa terang.
Wahai sang rembulan senja
sinarilah hatiku yang mulai muram,
agar hariku akan datang,
tanpa penyesalan,  tiba-tiba
ada serpihan bintang jatuh.
rasanya dingin bagai rintik salju
yang menjaga lelap malamku
terima kasih buat alam
kerana ada yang sudi mengerti

 
Oleh Ravi Ramachandran
Sajak kesedihan8 Julai 2011 2:08 PM
Penulis berketurunan India.
rakyat Malysia.




Khamis, 2 Jun 2011

AKU BERSENDIRIAN (1)






sajak terutama sayembara mei 2011.


Aku bersendirian di menara kosong ini
siapalah akan datang menemaniku
Agar kehangatan unggun api
tidak aku nikmati bersendirian
Sejauh mana tempat aku ini?
mengapa tidak ada yang sanggup
mungkin kerana tempat ini
hitam kelam dan berlumut disini
Tinggi menjulang dekat bukit indah
tikaku membuka jendela
hanya angin yang hadir
hanya udara kosong mengusik
pintu dah lama tak terketuk
Siapa tahu hatiku ini?
Aku hampir tak berteman disini,
segala tidak memenuhi hati sesiapa
mereka fikir mungkin aku bersembunyi
tapi cuba lihat sekilas setapak
cuma kudengar bisikan samar
sebenarnya aku sentiasa ada situ.

Oleh: Syah Inderapura
sajak keadaan di tempat tinggal saya/31 Mei 2011 2:37 PM
 dinobatkan sebagai juara dlm blog Citrarasa.