Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2012

BILA KEKABURAN HINGGAP DI PELUPUK MATA (LSS)




Sayembara puisi tempat ke 2


Dunia ini memang fatamorgana,
seringkali kali kita tertipu dan terperdaya
dengan gelora yang mengasyik dan melenakan
setelah kita sedar tetiba sudah tiada
maka kita pasrah dalam keinsafan
Kerana dakapan seringkali teramat mahal
untuk kita jamah kehidupan di alam maya ini

Berdoa  sajalah buat seketika,
sekedar penyegar bagi jiwa lelah
buat tubuh yang meronta kesepian.
kini sedang menilai  usia yang berlalu
telah banyak kenangan ketika ditinggalkan,
perlu  berdiam di balik helai-helaian rambut
bila kekaburan hinggap di pelupuk mata.

Oleh Jalal Rafzee
sajak simbolik kehidupan4 Februari 2012 8:41 PTG