Memaparkan catatan dengan label insaflah anakmuda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label insaflah anakmuda. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Julai 2010

BEZAKAN KECELARUAN MINDA INI



Seorang yang mempunyai muslihat
ada agenda tersurat serta tersirat
menjadikan edola oleh pengikutnya
walaupun mengugat dan menghancurkan
sebuah negara yang lama terpelihara
disebab pegawai polis yang bertugas
setelah digelar anjing pemerentah
sehingga meninggalkan kesan nagetif
dan dicanangnya seluruh pelusuk dunia.

Seorang pemimpin yang licik gayanya
suka mengutuk, gempak, dan saman saja
sering membaling batu sembunyi tangan
bijak berpidato dan bermain kekejian
dengan lagu nyanyian puisi tarideranya
mengesah kebatalan menidak kebenaran
kononya untuk rakyat menegak keadilan
walaupun pun anak bini mewakili situasi
menuduh pula orang lain wujudkan koroni.

Oleh : Nurimanja,
waktu kekalutan belanjawan,
Tarikh :  10/12/2009.

Ahad, 20 Jun 2010

PERLU KITA GEMPUR JENDARASI BARU


Beralihlah segera angin panas yang ganas
berlarak meninggalkan awan mendung kelabu
bagi menghindarkan budaya liar dijalanan
yang tidak bermoral di zaman kemajuan.

Perlulah kita Gempur semua jendarasi baru
jangan biarkan agenda tersembnyi beraja
mengapa kita biarkan budaya begini berluasa
demi memajukan wawasan 2020 di negara kita.

Jangan biarkan agenda hancurkan negara
yang bernama melayu berfikirlah matang
demi maruah bangsa kita di masa hadapan
jangan dikopak-kapekkan masa depan negara
bagi menjaga masa depan negara Malaysia.

Oleh; Nurimanja,
bila melihat anak muda kini
tidak pandai beterima kasih lagi.
dua tiga hari yang belalu :15/6/2010