Ada orang melayu marah sangat
terasa bagai tidak mengenang budi
marah sangat kepada bangsa sendiri
sepatutnya bila sudah diberi pelajaran
Jadilah orang melayu yang beradap sopan
tinggi budipekerti penuh pengetahuan
tetapi terbalik sanggup merosak bangsa
cuba mengadai meruah negara dan agama
nyata gagal kita mempertuankan melayu
harap boleh bersatu padu membina negara maju
apa yang ada di dalam hati ingin berkuasa
tidak kira apa jadi dengan generasi muka
soalnya segala penyakit mabuk kuasa
pihak pemerentah yang 2/3 diberi berkuasa
jangan dibiarkan berluasa betinda segera
pekakkan telinga dan pejamkan mata
jangan dilayan anasir yang buat gila
sumbatkan saja kedalam tahanan ISA
sebelum negara kita jadi porak peranda.
kenapa ada melayu maseh berjiwa kuno
marah sangat dengan UMNO dan BN?
langsung tak ingat pada melayu dahulu
perjuang Semangat 46 hilang entah kemana
membebaskan negara mencapai merdeka
tetapi hari ini semuanya melayu sudah lupa
bermusuh sesama sendiri laga memperlaga
langsung tidak rasa malu hilang nilai harga
hendak marah tidak tentu arah pasal apa?
langsung tidak kena dengan cara dan gaya
adakah pemerentahan hari ini amat zalim
rakyat hidup susah sengsara ramai miskin
cuba buka lah mata bukalah sikit minda
jangan asyek terpengaruh membabi buta
dan fikir apa terjadi bila musibah menimpa
semua yang ada akan musnah segalanya
lihat seperti negara jiran tetangga kita
siapa yang menang siapa yang beruntung
alah menang pastinya menjadi arang atau abu
yang rugi dan akan menderita generasi baru…
Oleh: Nurimanja,
Catatan yang menyakitkan hati.
Melihat bangsa yang tidak sedar diri
malam jumaat 5/11/2010
