Memaparkan catatan dengan label hati orang muda lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati orang muda lain. Papar semua catatan

Khamis, 21 Oktober 2010

BERSIDANGAN




Dulu Persidangan,
ramai orang kampung
melakukannya di balai lintang
dipengerusikan oleh Tuk Ketua kampung.

Persidangan kampung
masih berkisar ditakuk lama
cerita berbangkit hal agenda tahunan
tentang  perayaan, pemainan dan jamuan.

Persidangan orang kampung,
ramai anak muda sudah jelek dan bosan
mereka mahu satu perubahan keseluruhan segera
bukan  agenda lapuk yang sudah jauh ketinggalan zaman.

Oleh: Nurimanja,
Melihat dari teropong kaca,
Tanggal  Catatan 20 Oktober, 2010