Bangun di awal pagi
datangnya sang mentari
siang menjadi terang itu berkat.
Siang itu terang,
terangilah lagi dengan ibadat
jangan digelapkan dengan dosa.
Siang Allah menjadikan
untuk kehidupan buat kita
tetapi kenapa kau hitamkan
dengan dosa dan kemaksiatan.
Malam itu gelap,
terangilah dengan munajat
kerana siang banyak dosa
malam segera bertaubat.
Dalam kegelapan
kita menghimpun dosa
lalu diterangi dengan ibadat.
Terangilah rumah kamu:
dengan membaca Al Quran
bersolat malam bertahajud
Lalu Allah berikan kamu
kebahagian dan ketenangan
hadiah harga mahal di dunia ini.
Oleh: Nurimanja,
Catatan ceramah bebas,
Dua tiga hari lalu oktober 2010.
