Memaparkan catatan dengan label cuma renungan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuma renungan.. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2011

KETIKA DIHUJUNG SENJA BEGINI



-buat rangmuda kini-

 
Hari-hari yang mendatang
dan hari-hari yang pergi,
semuanya telah meninggalkan
sebuah cerita beban yang berat
untuk rangtua memikulnya,
kini terasa penat dan lelah
bagai tidak terdaya lagi,
badan pun perlu rasanya berhat
ingin bersandar di kerusi malas
bagi membuang sisa sisa keletihan.


Kini biarkanlah rangmuda
menyambung segala perjuagan
yang dikira belum lagi selesai,
rangtua pun telah  mengisut usia
cukuplah sekadar sebagai penasihat
bagi mengalakkan dan membetulkan
untuk menolong apa yang kurang,
kerana rangtua kini disalut kedhaifan
tidak akan terdaya lagi menilainya
segala masalah yang datang mencurah.
pada bumi yang penuh bergolak kini.

Oleh : Nurimanja,
waktu  senja merah semalam,
di kaki langit di lautan tenang, 30/12/2009