Memaparkan catatan dengan label buat renungan cuam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat renungan cuam. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2011

ANDARTU MANGSA AWANG HITAM



 lihatlah gelagatnya!


Andartu kita,
mangsa yang mudah
jika ada janji ada tawaran
semuanya mudah akan menyerah
kononnya telah termakan  bujukan Awang Hitam.

Awang Hitam,
gelaran yang  diberi
giat aktif mencari mangsa
kekadang  di jalanan  di facebook
amat pintar berlagak menjual minyak ulat bulunya.

Bila wang lesap!
Andartu  baru sedar
menyesal tidak berguna
telah menjadi mangsa keldai upahan
masih juga percaya dengan cinta moyet  Awang Hitam.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dari keratan akhbar.
dua tiga hari yang lalu 19hb, Mei, 2011.




Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU



buat ibu 1 Malaysia

Buat semua selamat hari ibu!
dengan rasa bangga kami berdoa
semoga tuhan perkenan kehidupan
panjang umur dan murah rezeki
baktimu dikenang hingga ke mati.

Ibu kaulah jantung hati kami
bila kau berada kami gembira
bila kau bersedeh kami kecewa
jika kau tiada hati kami pun berduka
cuma hanya kaulah pujaan jiwaraga.

Ibu oh ibu jasamu disanjung tinggi
tidak dapat rasa  kami membalasnya
tidak dapat juga kami membayarnya
dengan wang ringgitdan  harta benda
melaikan  tuhan saja dapat menilainya.

.
Oleh: Tinta Azimad
Percubaan Sajak Sempena Hari Ibu.
Ditulisan Tarikh: 7hb, Mei, 2011. petang hari