Bila sahaja kamu berjalan di muka bumi
perhatikanlah bagaimana allah menjadikan
bumi dan langit yang tegak tidak bertiang
carilah, bungkarlah segala rahsia alam.
Lihat di dasar laut banyak khazanak alam
renung di udara berbagai rahsia tersembunyi
begitulah Allah memerentahkan kita mengkaji
menyelidik dan menilai carkerawala di alam imi
Justeru itu menuntut ilmu itu wajib dilaksanakan
bagi setiap umat islam lelaki dan perempuan
setelah menjadi pakar dalam ilmu yang tertentu
bangsa yang beragma Islam tidak akan ketinggalan
malah merekalah yang akan jadi perenteh jalan
memajukan dan memakmurkan kehidup dunia ini
Oleh: Nurimanja,
Selepas solat jumaat,
jam 3.30 petang 10/102010.
