Saban hari
petang dan pagi
sileh
berganti datang dan pergi
wajah-wajah aruah
saja yang kuingat.
datang satu-satu dalam sepi dan
dingin waktu.
Mula ayah
kemudian ibu.
datuk nenek
moyang minyut
bapa dan juga ibu saudara, abang adik,
sileh berganti datang dalam mimpi
tidurku kini.
Apakah
petanda mereka?
dalam
kesusahan atau sebaliknya
biasanya
yang datang muka selamba saja
tidak
berkata sekadar memerhati dan pergi pula.
Aku yang masih bernafas.
sering berpeluh dalam tidur mimpi
bila
tersedar sekadar membaca al fatehah
dan ayat
tiga kulhu sebagai hadiah buat sedekah.
Memang lama aku terlupa,
buat kenduri doa tahlil untuk aruah
al maklum lewat kini ekonomi kian
parah
anak masih belajar gaji pula sudah
kurang setengah.
Oleh:
Nurimanja.
Catatan bila
terjaga diganggu mimpi ngeri
jam tiga pagi waktu kedamaian malam
sunyi sepi.
Tanggal 11hb, Mei, 2011. semoga ditolak segala
musibah.