Memaparkan catatan dengan label Ketenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Ogos 2012

KETENANGAN ITU HADIAH PALING MAHAL



Bangun di awal pagi
datangnya sang mentari 
siang menjadi terang itu berkat.

Siang itu terang,
terangilah lagi dengan ibadat 
jangan digelapkan dengan dosa.

Siang Allah menjadikan
untuk kehidupan buat kita 
tetapi kenapa kau hitamkan
dengan dosa dan kemaksiatan.

Malam itu gelap,
terangilah dengan munajat 
kerana siang banyak dosa
malam segera bertaubat.

Dalam kegelapan
kita menghimpun dosa lalu 
diterangi dengan ibadat.

Terangilah rumah kamu:
dengan membaca Al Quran 
bersolat malam bertahajud

Lalu Allah berikan kamu
kebahagian dan ketenangan 
hadiah harga mahal di dunia ini.


Oleh: Nurimanja,
Catatan ceramah bebas, 
Dua tiga hari lalu oktober 2010.