Sabtu, 20 Januari 2024

SEDUTAN BICARA PUISI CITRANURI MUSIBAH BANJIR !

 




SEDUTAN BICARA PUISI CITRANURI
MUSIBAH BANJIR !
 
Banjir !
Kini kau datang lagi
Saban tahun kau menganggu kehidupanku.
 
Kali ini !
Sudah enam negeri
Menjadi mangsamu menjelang tahun baru.
 
Apa pun!
Aku tetap bersabar
Menilaimu sebagai ujian dalam kehiupanku.
 
Kerana !
Tiada siapa pun boleh
Menghalang akan kedatanganmu hari ini .
 
Sebagai !
Makhluk ciptaan Allah
Selain daripada berusaha redha dan pasrah.
 
Ingatlah !
Segala musibah Allah
Tentu ada hikmah pengajaran daripada Nya
 
 
Oleh : Nurimanja,
Catatan jam 6.00 petang
Rabu Tarikh 6hb Januari 2021.
 


Tiada ulasan: