Selasa, 5 September 2023

WAJIB BOHONG DEMI MASLAHAT







WAJIB BOHONG DEMI MASLAHAT 
  
Aneh saudara
Tidak pula dikira berdosa
Kalau orang ramai sudah percaya
Bila kita menjadi seorang tokoh yang berwubawa
Lakukanlah apa sahaja teemasuk berbohong demi maslahat
Pengikut penyokong kita semuanya orang yang jahil senang diperdaya?
 
Tidak hairan!
Kalau  mampu berkuasa
Lakukanlah apa sahaja anda suka
Termasuk laku sumpah berjanjian membeli undi
Waktu memangkah nanti jangan takut dan rasa gundah hati
Kerana apa yang kami beri sebagai sedekah bukannya rasuah pengundi
 
Soalan wang!
Jangan takut dan risau
Agenda kita terserah semuanya
Kepada Sang Panglima Sakau Cekau dan Gagau
Kita masih mampu sediakan rusa dan kamping panggang
Di setiap pondok tempat perhentian pengundi sedia menyokong kita ?
  
Oleh  Pensel Kontot
Catatan jam 11.30 pai
Hari  Rabu  Tarikh 9 /8/2023


Tiada ulasan: