Ahad, 5 Februari 2023

ADAKAH SEDEKAH OERLU BALASAN ?

 







ADAKAH SEDEKAH OERLU BALASAN ?
 
Sedekah itu
Amalan mendapat pahala
Perbuatan yang sangat terpuji
Apa yang kita mengetahui selama ini
Sedekah itu perbuatan baik ingin membantu
Sesaorang tanpa mengharap balasan kerana keikhlasan?
Tetapi terkini
Punya istilah yang baru
Sedekah itu patut ada tujuan
Masa yang sesuai dengan keadaannya
Perlu ada aku janji dan angkat sumpah laknat
Mesti ada timbal balik yang memberi dan membalas ?
 
Justeru itulah
Pemberi wang sedekah
Dari memberi dan menerima
Mesti ada satu perjanjian dikira sulit
Setiap penerima mestilah kena faham balasan
Pada waktu hari dan tarikhnya apa perlu dilakukan ?

 
Oleh Pena Runcing
Catatan jam3.30 petang
Tarikh Jumaat 27 January 2023


Tiada ulasan: