Selasa, 15 Februari 2022

KINI JAMBANGAN BUNGAKU LAYU.

 






KINI JAMBANGAN BUNGAKU LAYU.
 
 
Melayuku kini
Umpama bunga kembang layu
Di bakar panas mentari pagi dan petang
Kini bagaikan bunga yang terkulai layu tidak bermaya
Kalau tidak cepat diseram pasti akan layu dan terus mati di jambangan ?
 
Di Taman kini
Ada  parang pemotong pokok
Sengaja disembunyikan dalam jambangan
Ada pokok-pokok yang telah tahu akan nasib mereka
Tidak diketahui sama ada pokok muda atau tua akan dipotong dan dibuang ?
 
Jambangan ini
Dahulu terkenal keharumannya
Dari timur tengah hingga ke barat eropah
Kini telah tercemar dengan kerangkusan mabuk kuasa
Maka janganlah hairan jika jambangan ini bertukar corah warna bunganya ?
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 2. 15. malam
Rabu Tarikh 26hb Disember, 2022

Tiada ulasan: