Selasa, 15 Jun 2021

KALAU ESOK BUKAN HARIMU












KALAU ESOK BUKAN HARIMU
-dulu buat kawan kini buat sahabat-
 
 
Sahabat CR
kalau engkau tahu
esok bukan harimu
usahlah engkau senyum.
Kerana Esok
Kalau engkau senyum juga
Snyummu adalah semilu
Akan melukai dirimu sendiri.
 
Lusa!
Engkau akan terasa
Lukamu di antara dua
Di mata engkau kecewa
Di hati engkau akan mati,
Pesanku cuma satu
Kalau esok bukan harimu
Usahlah enkau senyum
Cukup sekadar terima kasih.


Oleh: Nurimanja,
Catatan buat sahabat CR.
Lima/Enam 1974. Diubahsuai
puisi legenda lahir sebelum blog.
 


Tiada ulasan: