Selasa, 15 Oktober 2019

MENCARI KELUHURAN









MENCARI KELUHURAN   

Mencari keluhuran
Kini sudah lebih seabad usiaku
Merantau melihat dan mencari satu sifat leluhur
Masih juga belum kutemui agenda yang sebenar rasa leluhur?
Kalau ada pun masih juga boleh dipertikaikan dan masih mencurigai ?

Kerana di mana pun
Aku pergi dan berada di situ
Baik di negeriku dan negeri orang lain masih sama
Bagi kita menikmati sikap leluhur dari seorang kawan amat susah
Malah kalau kita tersilap langkah kita boleh terperangkap dalam leluhur?

Apa pun untuk leluhur
Kita lah  patut melakukannya
Bukan mengharap dari sesiapa atau orang lain ?
Kerana kehidupan kini telah berbeza zaman aruah Atok nenek ?
Semuanya mereka hidup dalam sedia melakukan leluhur dan keluhuran ?

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam6. 00. Pagi

Tarikh 19hb September  2019

Tiada ulasan: