Sabtu, 7 September 2019

LARI DARI TAKUT MATI





.LARI DARI TAKUT MATI

Allah telah memberi amaran
Kepada mereka yang lari beramai-ramai
Sebab merasa takut dari amaran bala bencana
Ini adalah satu tempelak kepada manusia yang penakut
Kerana ingin lari daripada takdir dan ketentuan kematian Allah S.W.T .

Sepatut mereka perlu  ingat!
Tiap yang hidup akan merasai kematian
Tidak perlu merasa  takut ke atas kematian itu
Kerana setiap orang akan berlaku kematian ke atasnya
Apa bila sampai waktu dan ketikanya tidak terlewat atau lebih waktu.

Allah boleh melakukannya !
Mati kedua kali sebelum ajal mereka sampai
Siapakah mereka itu golongan berjumlah 40 ribu orang
Seperti mereka melarikan kampung halaman diserang penyakit taun
Samalah juga mereka tentera yang lari dari medan jihad dalam peperangan.

 Oleh Pena Runcing
 Catatan jam 600 .pagi
 Tarikh 20hb Julai 2019.

Tiada ulasan: