Ahad, 16 April 2017

.DUNIA INI MATAFARGANA TERKUTUK




 
DUNIA INI MATAFARGANA TERKUTUK

Alam ini Hologram
Dia perlu memandang tujuan
Apakah perjalanan hidup kita di dunia ini.

Hakikat di dunia ini
Ketahuilah keadaan kalian
Sama seperti makhluk orang yang asing.

Perlulah kita berfikir
Patut memandang dunia ini
Hanya sebagai pendatang buat sementara.

Kita perlulah rindu
Kehidupan asal kita di syurga
Kerana di situlah rumah asal kehidupan kita.

Wahai Adam Diamlah
Di Syurga ini tempat kamu
Semuanya tempat kedamaian tiada kesusahan.

Wahai umat-umatku
Dunia ini penjara bagi kamu
Tempat kamu di uji untuk mendapat keinsafan.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.20 pagi
Jumaat Tanggal 3hb Februari 2017.
 

Tiada ulasan: