Selasa, 25 April 2023

BERGEMA TAKBIR RAYA









BERGEMA TAKBIR RAYA
buat yang jauh diseberang –
 
Bergema takbir  aidil fitri,
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji  namamu illahi 
Kerana esok ada pesta kejayaan
buat pengorbanan ibadat sebulan.
 
Bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara
Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara  sendu dan sayu
Tangisi seorang anak kehilangan ibu.
 
Bergema takbir aidil fitri,
alunannya suara melewati kamar
Senyumku cuma bagai dipaksa
Kerana hatiku  sedih dibuai resah
Terkenang ayah bonda sanak saudara
Sedangkan badan jauh di rantau orang,
 
Oleh; Nurimanja,
Laut Cina Selatan,
Siar Berneou Post, Julai 1981
SS 25/4/2023

1 SYAWAL RATU AGONG







1 SYAWAL RATU AGONG 
-buat sahabat CITRARASA-
 
 
Satu Syawal
kau datang lagi menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan mesra akan aku kucup jejari lembutmu  
dengan penuh kerelaan gatu burabujy
sebagai ratu agung yang kurindui.
 
Jika kau 
dedaun emas yang gugur di pagi aidil fitri 
akulah orang yang pertama memungutnya  di oagi itu
akan aku ucapakan kalimah syahdu untukmu  syawal 
maafkan aku zahir batin  Allah Huakbar, 
Allah Huakbar Walillah Ilham ..
 
 
Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara. 
25 November, 2001.
SS 25/4/2023 Photo cuma hiasan

BILA AKHIR RAMADHAN

 






BILA AKHIR RAMADHAN 
 
 
Ada suara
Mendayu dihujung sepi
terdengar penuh sayu sendu
seorang shahiful soleh berat meninggalkan
air matnya jatuh berjujuran
di dua pertiga malam syahdu
kerana enggan melepaskan
ramadhan malam seribu bulan
yang datang setahun
cuma sekali.
 
 
Oleh; Nurimanja,
Di malam sepi, 25, Ramadhan, 1430
Photo hisan saja SS 25/4/2023
 

MENCARI MALAM SERIBU BULAN







MENCARI MALAM SERIBU BULAN  
 
Ramadan al Karim
Satu malam yang kucari Dibawah sayap  restumu
Aku bangun di hujung malam Bersimpuh memanjat doa
Mencari malam seribu bulan
 
Berkatilah hidupku ini
bagai kembara dibumi gersang berikanlah  taufik dan hidayah
bersama para syuhada dan solehin kerana rindu tiada batasan ini
mengamit paggilan ke pintu syurga
 
Dimana Janatul Naim dan Makwa
Benarkan aku melepas dahaga Setitik air di telaga al kausyar
Semoga di akhir ramadan ini Semoga dapat bertemu  kembali
Di ramadan tahun depan.
 
 
Oleh; Nurimanja,
BBPTK .  Pulau Mutiara, 4hb, September, 2009, 


.ADDHUANN ATAU KABUS KEMARAU KERING





.


ADDHUANN ATAU KABUS KEMARAU KERING
 

Bila Allah menghantarkan kabus kemarau kering
Manusia mulai resah dan gelisah menghadapinya.
Dulu banjir. gempa bumi , tshunami dan rebut taupan
Ingat semuanya itu satu peringatan dan pengajaran
Bunga-bunga kiamat kecil telah pun lama bermula
Cuma hari kiamat besar bila berlaku kita belum tahu
Kerana Allah tidak menetapkannya tahun dan tarikh
Melainkan kita ingat seperti mati yang tidak tahu bila ?
Ad Dhuan dan Al Kup atau kabus kemarau kering
Ini adalah sekadar gambaran rahsia Allah SWT
Untuk kita berfikir dan menilai hari kematian kita
Agar umat manusia selalu bersedia menghadapinya .
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 . 00 pagi
Hari Ahad Tarikh 25 Oktober 2015.
 SS 16/4/2023 Photo cuma hiasan