Rabu, 25 Januari 2023

,BERTUNANG DARAH MANIS


,

 





BERTUNANG DARAH MANIS 

Sekadar renung
Apakah benar bagai di kata?
Seorang yang bertunang itu darahnya manis
Banyak pula seorang itu kenalah jaga pantang larangnya
Sama ada di rumah atau keluar rumah di tempat kerja dan diperjalanan
 
Paling malang
kita dengar orang berkata?
Daripada mulut orang atau pun surat kabar
Terdapat seorang wanita mati kemalangan di jalan raya
Bakal tunangannya nampak begitu sedih rasa termanggu dan terharu
 
Apa patangnya
Kena selauy berwaspada ?
Ketawa jangan berlebihan jaga diri sentiasa
Jangan terlalu berkhayal asyik hingga lupa segalanya
Pastikan hari perkawinan yang berlangsung tidak mecewan keluarga.
 
Oleh Pena Runcing,
Jam 8.30 pagi
Hari Isnin Tarikh 23/1/2023,

TAHUN ARNAB

 








TAHUN ARNAB 
 
Kami sudah Nampak
Akan gaya laku pergerakkanmu agak lambat
Arnab saekor  binatang yang baik tidak ganas mesra rakan
Adakah sikapmu membawa tuah kepada perpaduan negara kita Malaysia
Kerana dalam Kerajaan Kebinet Perpaduan ini semoga kita dapatkan Kembali  bekerjasama.
 
Saekor Sang Arnab
Hidupnya selalu sahaja mengungah makanan
Tidak kira siang malam asyik mencari makan dan minuman
Berusaha dan terus berusaha berjalan dan berjalan demi mencari rezeki
Bagi menyambung sebuah erti kehidup agar tidak mati dalam keadaan lapar dan kebuluran ?
 
Apakah kita manusia
Allah SWT telah memberikan akal pemikiran
Kita gagal bergerak dan berjalan mencari rezeki dibumi ini
Sehingga sanggup mati kelaparan dan kehausan tanpa ada usaha ikhtiar
Tidak malukah kita punya akal dan pemikiran matang tetapi hidup lebih malang dari haiwan?

 
Oleh Pena Runcing,
Jam 8.30 pagi
Hari Ahad Tarikh 22/1/2023,


ADAKAH ANDA BERFIKIR ?







ADAKAH ANDA BERFIKIR ? 
 
Adakah anda fikir ?
Dalam Parti keramat orang melayu                
Penyakit beradu tomba, tohmah fitnah melanda
Terlalu jumlah hantu raya yang berkeliaran mencari mangsa ?
Semacam ingin mencekek membunuh kemudian dikuburkan UMNO segera?
 
Amat memalukan ?
Bila hantu raya yang menjelma ini
Hasil dari sikap tidak puas hati dan hasad dengki
Mereka pernah jadi PM, TPM, MTP, tapi hilang pertimbangan?
Bukannya dari parti orang lain tetapi bekas pemimpin dari ahlinya sendiri?
 
Satu budaya jijik ?
Terlalu sukar dikikis dan dibuang
Memalukan pandangan mata dunia bukan muslim
Sebaiknya yang tua kita hormati mana yang muda kita kasihi?
Tetapi kita semua hilang pertimbangan mabuk kuasa nampak mata wang?
 
 
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 7.00 pagi
Tarikh Rabu 21 January 2023

,UBAT TELAH MENGELILINGIKU





 
,


UBAT TELAH MENGELILINGIKU 
 
Aku kini pening?
Bukan pening kerana kesakitan
Pening kerana ubat sakit telah mengelilingiku ?
 
Ramai sunggyh?
Buat rerakan yang murah hati
Aku membeli mereka cuba memberi percuma ?
 
Maaf aku cakap?
Kini sudah sebulan makan nasi
Cuma lauk telur rebus kicap lemak manis saja ?
 
Apa boleh buat?
Ujian Allah SWT pasrah sajalah
tersalah makan angin bisa ulu hati menyerang ?
 
Kini Tiada lagi ?
Nasi kandar atau pun beriani
Kalau sedap datang penyakit terpaksa elakkan?
 
Oleh Pena Runcing,
Jam 5.00 pagi
ari Sabtu Tarikh 21/1/2023,

ZIARAH RUMAH PANGGUNG






ZIARAH RUMAH PANGGUNG 

Bersama Bang Abe!
Ziarah mesra silaturrahim
Di sebuah kampung Bernama Lembah Barakah
Penghuninya Kaum mualaf Muawafar bersama kalater arrozak
Mereka penhijrah dari Bedewi, Cengkuwan, Ceikumandang Rasad dan muka bumi
 
Di Kampung Barakah
Bersama  rumah penduduk
Ada rumah mussalatnya yang terbuka sahaja
Terdapat juga sekolah anak-anak dan taman permaian asuhan
Raudatul Alhfal Nurul Ilmu Kabupaten Lembak Desa Bnnjongmenteng Kelceuwidamar.
          
Buat pengunjung juga
Ingin bermalam di desa ini
Nahu menikmati alam semula jadi yang nyaman
Terdapat penginapan disediakan boleh hubung Yayasan Asmuit
Setu hari satu natu malam empat ratus ribu rufiar  mantap dan amat selesa sekali
  
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 10.00 pagi
Tarikh 14hb Januari 2023
Sedutan Youtuber dari Dibra Channel