Khamis, 25 Mac 2021

DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN BAIK TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.




DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN BAIK
TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.

Wahai manusia!
Ketahuilah Dunia ini
Punya umur ada penghakhirnya.
Kini digambarkan dunia sudah tua nampaknya
Maka perlulah kita ketahui gambarannya kepada manusia ?
 
Contohnya kini
Seorang sudah tua
Banyak fungsinya telah hilang.
Mata rabun, telinga kurang pendengarannya
Kulut pula mulai berkerdut tenaga dan fikiran kian lemah.
 
Justeruitulah!
Kita jangan pula lupa
Sebagi orang yang beriman
Mereka kena faham dan mengerti kehidupan
Kerana kehidupan ini ada penghujungnya perjalananya.
 
Maka rugilah !
Mereka tidak beriman
Memburu kehidupan dunia
Bagaikan tidak ada penamat atau kematian
Sejarah kehidupan di dunia ini bagaikan tiada hari kiamat.
 
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan Ahad  jam 6.00 pagi
Tarikh; 2hb 1 Mach 2021


WARNA YANG KITA TEMPAH?



WARNA YANG KITA TEMPAH?
 
Kekaguman 22 tahun
Kuasa Atok memerintah kini dirindui
Tetapi ketelajakkan usia melewati di hujung senja
Satu kerinduan yang di tempah warnanya telah pun berubah
Maka berlakulah berbagai kepincangan dan kedudukkan negara menjadi tidak tentu arah ?

Kemana rancangan ?
Wawasan 2020 kita negara maju ?
Itulah warna yang kita tempah apabila sekian lama
Kononya rakyat merindui pentakbiran Atok yang dulu di kagumi dunia ?
Tetapi hari ini telah menjadi sebaliknya Dulu parang sekarang besi dulu sayang kini benci ?

Kerangkusan nafsu
Serakah wadah memperbetulkan
Konon ingin negara maju cerita dogengan sahaja ?
satu kehancuran kemusnahan yang sukar dapat diperbetulkan kembali
Kini terimalah Kesedihan rakyat bagaikan bergayut di merata-rata di pelusuk tanah air kita ?
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam7. 15. Pagi
Tarikh 31hb Disember, 2019

DALAM KEKALUTAN COVID 19 / 2020



DALAM KEKALUTAN COVID 19 / 2020
 
Kini negara kita dalam kekalutan Covid 19
Bila perintah beredar di kenakan
Pergerakkan pun terhad
Kami penuh terharu
Fikiran buntu
Terhenti.

Ada perkhabaran menyanyat hati keluarga
Waktu resah ada berita kesedihan
Keluarga sebelah ayahnda
Dan keluarga ibonda
Meninggal dunia
Sedih juga.

Kedua-duanya kami kecewa tidak dapat hadir
Sekadar solat ghaib di rumah saja
Dan solat sunat hadiah
Baca doa tahlil
Al Fatehah .

Oleh Admin Muda
Cattan jam 5.00 petang
Rabu Tanggal 25hb Mac, 2021
 

SELALULAH ZIKIR MUNAJAT



 
SELALULAH ZIKIR MUNAJAT
 
Menunggu waktu di hujung malam,
bukanlah  satu penyeksaan
cuma kemalasan hati
menguasai diri.
di dunia ini.
 
Setelah kita berada di dalam kubur,
jangan harap untuk meminta
bangun di malam hari
lakukan solat sunat
dua rakaat.
 
Bagunlah untuk berzikir dan munajat,
dan bermuhasabah diri anda
agar jiwa lebih tenang
zuhud bertawadok
pada Allah swt.
 
Oleh: Nurimanja,
Catatan malam hari,
Sebelum tidur 15/3/2021


ANAK-ANAK CUMA HIASAN DI DUNIADAN AKHIRAT


ANAK-ANAK CUMA HIASAN DI DUNIADAN AKHIRAT
 
 
Wahai manusia
Ingatlah anak-anak cuma hiasan
Hidup di duniadan dan juga di hari akhirat nanti
Jaga dan didiklah mereka untuk kebaikan dunia dan akhirat ?i
 
Jangan dekati
Jin dan syaitan yang durhaka itu
Kalian ambil jadi pemimpin dalam kehidupan ini
Nescaya mereka akan cuba melakukan penyelewengan nanti ?
 
Kerana mereka
Jin dan Syaitan ini telah durhaka
Sesungguhnya mereka akan dihukum Allah nanti
Justeru itu jangan sesekali kita taat dan patuh dalam hasutan?
 
Orang yang jadi
Pemimpin akan menerima balasan
Kerana banyak bantahannya menjalankan tugas
Sehingga mereka lupa dan melampaui batasan yang di tetapkan?.
 
Tidak ada siapa
Boleh menghalang kehendak Allah
Baik mereka terdahulu atau hari ini akan diseksa
Jika menjadikan perintah Allah sebagai ejikkan yang melampau?
 
 
Oleh Geletek Pagi
Catatan jam 4.40 petang
Jumaat Tanggal 27hb Disember 2019