Selasa, 15 Oktober 2019

.NABI IBRAHIM BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T










NABI IBRAHIM BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T 

Allah S.W.T telah memperlihatkannya
Satu pencerahan ambil lah empat ekor burung
Kamu cincin empat bahagian kemudian kamu letak kepada empat bahagian
Di atas bukit atau gunung kemudian kamu menyeru agar mereka dihidupkan semula
Lantas apabila diseru empat ekor burung itu berkumpul dan dihidupkan semula seperti biasa.

Bagi orang yang menderma hartanya
Samalah seperti kita menanam sebiji gandum
Apabila berbuah setiap satu tangkai ada tujuh tangkai menghasil 7 biji kagum
Ini menggambarkan bahawa orang yang pemurah dan tidak kedekut dengan hartanya
Allah S.W.T mengadakan pahala dan rezeki mereka dengan tambahan yang berganda semula.

Dua sahabat nabi yang banyak sedekah
Mereka Abdul Rahman Auf dan Abu bakar Sidek
Bila nabi bersuara sahaja siapa mahu mendermakan hartanya untuk perjuangan
Sanggup mereka menghabiskan harta benda mereka demi membantu agama Allah S.W.T.
Cerita ini bukan untuk panduan kepada keduanya tetapi orang lain juga sebagai pengajaran

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam7. 00. Pagi
Tarikh 13hb September  2019

ALLAH MEMPERLIHAT KAN KUASANYA









ALLAH MEMPERLIHAT KAN KUASANYA 

Kisah dalam surah Al Baqarah,
Di namakan sebuah kampung bernama Buza
Semua bentuk perumahan telah musnah kampung atau  negeri itu
Allah telah mematikan seorang pemuda itu selama 100 tahun lamanya.
Lalu bertanya Malaikat berapa lama kami telah meninggal dunia ?
Kata pemuda itu baru setengah hari ?
Seolah tidak ada pekara yang mustahil kepada Allah mempunyai kuasa .

Lihatlah kepada minuman  dan makanan kamu?
Kamu lihat pada kenderaan kamu atau keldai kamu yang telah mati
Tulangnya berkecai-kecai , Allah boleh menghidupkan semula
Kalau Allah tunjukkan kepada kamu jika Allah mahukannya
Boleh menghidupkan semua keldai yang tolangnya bersepah2 itu
Ini bukti pekara yang luar biasa tidak mustahil
Walau pun semuanya telah mati selama 100 tahun.

Ini membuktikan kepada pemuda itu
Allah S.W.T mempunyai kuasa luar biasa
Tidak mustahil bagi Allah S.W.T hendak melakukan
Jika Allah mahu menghidup dan mematikannya sesiapa sahaja.
Itulah kuasa Allah S.W.T tidak ada siapa
Boleh menghalang dan menyekat kehendaknya
Kerana Allah S.W.T  amat berkuasa dan  maha mengetahui.

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam7. 15. Pagi
Tarikh 12hb September  2019

Ahad, 15 September 2019

.KALIMAH ALLAH ?





.KALIMAH ALLAH ?

Kalimah Allah itu
Satu Kalimah yang tertinggi
Bagi nama Allah yang tidak ada nama lain?

Seseorang itu akan
Rasa takjub bila menyebut
Dan memikirkan nama Allah yang maha asa?

Malah ada nama lain
Yang ada kesamaan nama
Lebih 99 nama yang dicernakan makhluknya?

Sedangkan Allah S.W.T
Tidak mengantuk lalai tidur
Sentiasa menjaga apa di langit dan di bumi ?

Ini membuktikan Nya
Allah memiliki kesemuanya
Menjadi segala apa tersembunyi dan nyata?

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.45 pagi
Khamis tanggal 5hb September 2019.