Sabtu, 20 Oktober 2018

PENYAKIT KEBENDAAN HARI INI





PENYAKIT KEBENDAAN HARI INI

Ramai yang tersasul
Kita kini dipengaruhi kebendaan
Hidup berlumba-lumba mengumpul harta benda
Kedudukan dan pangkat itu satu kelebihan daripada orang lain
Inilah satu penyakit telah menyerang masyarakat kita lewat kebelakangan ini.

Justeru itu kita kena
Terus belajar sepanjang hayat
Bila kita ada ilmu sebagai pendorong kerjaya
Bila kita celek ilmu semoga kita dapat pengurus kewangan kita
Bila kita dapat banyak maklumat kewangan dan harta benda kita akan selamat.

Bila kita celek harta
Kita tidak membazir begitu saja
Menyimpan berzakat menderma dan membantu
kelebihan seorang Islam yang celek pengurusan kewangan
Semoga dapat menyelamat kan kita  dari kehidupan di dunia juga di hari akhirat.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.00 pagi
Hari Selasa 25hb September 2018.

BERSANGKA BAIK





BERSANGKA BAIK

Bersangka baiklah kamu
Sama ada kamu susah atau senang
Jangan kamu bandingan rezeki kamu dengan orang lain
Sesiapa yang banyak bersyukur Allah akan tambahkan rezekinya lagi .
Kerana orang yang kanaah dan mendapat maaunah dari Allah jangan riak atau wujub.

Apa pun usaha bersama
Berhijrah jangan tinggal solat anda
Nescaya Allah S.W.T akan mengubah kehidupan anda semua
Kerana rezeki kita semuanya di tangan Allah S.W.T kita perlu bersyukur
Kerana setiap hidup dan mati , susah dan senang semuanya di tetap kan oleh Allah S.W.T.

Oleh: Suara Pulau,
Catatan jam 8.45 pagi
Ahad Tanggal 23hb September 2018