Isnin, 28 Mei 2018

BILA ISLAM DISERANG MINDANYA




BILA ISLAM DISERANG MINDA NYA  

Kita orang Islam
Kini diserang hebat
Bukan dengan peluru senjata
Tetapi dengan penjajahan minda kita.

Kita  beragama Islam
Tetapi enggan mengamalkannya
Malah menolak syariah Allah S.W.T
Cuma dilihat Islam pada namanya sahaja.

Inilah budaya serangan
Yang tenat dialami umat Islam
Bila  agama, bangsa dan negara kita
Dicabar penghalang melakukan kebebasan.

Oleh: Nuri manja,
Catatan jam 1. malam
22hb April 2014.

TERKENANG AYAH DAN BONDA




SEMPENA HARI IBU
TERKENANG AYAH DAN BONDA 

Kini
Kalian sudah tiada
Telah kembali ke pangkuan Ilahi
Cuma  tinggal aku yang penuh terharu…

Dulu!
Jika kalian ada
Aku sering pulang ke desa kita
Menziarahi kalian dan bertanya khabar berita?

Ketika itu
Cukup terasa kemesraannya
Kasih sayang daripada ayah dan bonda
Kini telah pun hilang diragut keadaan semasa.
Cuma yang  tinggal hanya kenangan mengusik jiwa

Oleh: Nuri manja,.
21 April 2014. Isnin malam .