Rabu, 25 April 2018

LAKUKAN TAUBAT NASUHA






LAKUKAN  TAUBAT NASUHA

Wahai orang yang beriman
Banyakkan lah berastakfar setiap hari
Allah S.W.T akan memberi dan faedahnya amat banyak?.

Kalau ada orang bertanya?
Segala macam musibah yang menimpa
Jawab lah dengan banyak berastakfar kepada Allah S.W.T.

Semoga kita selalu sahaja
Cuba banyak melakukan taubat nasuha
Semoga Allah S.W.T dapat mengampunkan segala dosa ?

Bila dapat pengampunan
Kita diberikan cahaya petunjuk Allah
Baharu lah kita terlepas dari kesusahan dan kesesatan?

Bagi  orang yang  beriman
Jiwa dan hati mereka penuh rasa zuhud
Sentiasa saja mengekalkan Nekmat cahaya keimannanya.

Oleh: Nuri manja,
Catatan pagi jam 6.50.pagi
Rabu Tanggal 25hb  April  2018. 

JIKA SEORANG BERCERAI?




 JIKA SEORANG BERCERAI?

Mengapa kita bersusah hati?
Jikalau berlaku perceraian dengan isteri
Kerana Allah S.W.T mungkin boleh mengantikan isteri baru
Mungkin janda anak dara atau perempuan yang lebih baik dan cantik lagi.
Kerana setiap perpisahan atau penceraian itu mungkin ada hikmah dan pengajarannya?

Itulah satu ketepatannya?
Jika ada berlaku satu perceraian isteri
Sesungguhnya satu ketetapan Allah S.W.T menjadikannya
Kerana setiap  hukum Al Quran itu akan turun dahulu sebelum berlakunya
Sesuatu ketetapan yang akan berlaku Omar Al Kattab dapat membuat ketetapannya itu?

Kekadang Omar berkata
Pandanganku sama dengan wahyu Allah
Contoh ketetapan Omar Al Kattab bersamaan ayat Quran
Omar minta menerangkan tentang arak dan judi untuk penyelesaiannya?
Akhirnya turunlah ayat melarang orang beriman menium arak, judi dan sembah bahala ?

Oleh: Nuri manja,
Catatan pagi jam 5.30.
Selasa Tanggal  24hb  April  2018.