Selasa, 22 November 2016

JANGAN TERGESA-GESA







JANGAN TERGESA-GESA

Janganlah kita  tergesa-gesa
Sikap tergesa-gesa dan kalut itu
Tabiat daripada Iblis dan syaitan
Maka eloklah kita mula berfikir
Jika ingin memulakan sesuatu kerja.

Kalut dan tergesa-gesa ini
Satu penyakit yang sukar di ubati
Melainkan kita ada kesedaran
Dan peringatan bila kita kalut
kerja itu adalah  amalan iblis syaitan.

Kerja kalut dan tergesa ini
Selalunya merugikan diri sendiri
Biasanya hilang kesempurnaan
Malah nilai seni dan kekemasannya
Melainkan kecacatan dan merugikan.

Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan pagi jam 7.20 minit
Tanggal 4hb November 2016.

JANGAN MEMBULI






 JANGAN MEMBULI


Jikalau kita
berhendak sesuatu
Dengan cara mudah dan senang
Janganlah kita membuli.

Jikalau kita
Keluarga berharta
Dengan senang ada apa sahaja
Janganlah  berbangga diri.

Jikalau kita
Mudah dapat apa saja
Jangan menghina  membuli orang
Satu sikap yang Allah tidak menyukainya.

Jikalau kita
Mempunyai perasaan
Orang lain juga mempunyai perasaan
Jadi ingatlah bagaimana diri kita dibuli pula ?


Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan pagi jam 11.20 minit
Tanggal 2hb November 2016.


Sabtu, 19 November 2016

AIR ITU KEPERLUAN KITA






AIR ITU KEPERLUAN KITA


Air itu keperluan kita
Setiap makhluk memerlukannya
Jangan kita cuba mencemarkannya

Air ini juga beremonsi
Bila kita tidak menjaga dengan baik
Sama ada di sungai , telaga dan kolam.

Kalau   air itu tercemar
Pasti  menangis  semua makhluk          
Menjadi masalah besar kepada  manusia.

Kita patut pelihara  sungai
Jangan buang segala  sampah sarap
Boleh mencemar dan merosakkan  alam.

Bila air sungai tercemar
Kesusahan untuk semua makhluk
Bila  menjadi racun  boleh membunuh semua.


Oleh  Qalam Mutiara,
Catatan pagi jam 10.10 minit
Tanggal 1 hb November 2016.