JIHAD KEMERDEKAAN
Kemerdekaan
Untuk diri kita sendiri
Kita hidup bagaikan perjuangan jihad
Tiap kerja kita
Adalah jihad jika kita
Berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Ada pengorbanan
Pada kemiskinan dan kekayaan
Pada kebajikan, kebenaran hawa
nafsu.
Setiap perjuangan
Sebenar adalah kemerdekaan
Jihad terbesar melawan diri kita
sahaja.
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 1.00 tengahari
Selasa Tanggal 23ahb Ogos 2016.