Selasa, 9 Februari 2016

NILAI SEORANG PERGI SOLAT JUMAAT






18. NILAI SEORANG PERGI SOLAT JUMAAT

Seorang hamba Allah
wajib menunaikan solat jumaat
bila cukup umur bagi seorang lelaki
jika tidak pergi berdosa tanpa uzur syarei.

Tapi nilai solat jumaat
Songkok putih harga RM25.00
Cermin mata pula harganya RM450.00
Baju melayu atau jubah lebih kurang RM70.00

Cincin dan jam tangan
Lebih kurang nilainya RM450.00
Patyung  capar nilai harganya RM35.00
Jadi nilai semuanya pergi solat jumaat RM1,030.

Adakah harga pakaian
Perlu kita nilai dan ketengahkan
Sewaktu solat jumaat seminggu sekali
Atau nilai keimanan dan ketakwaan di dalam hati?


Oleh: Nuri Manja,
Catatn jam 6.05 ptg
Jumaat  15hb Januari 2016.



Jumaat, 5 Februari 2016

CEMPAKA SARI






17.CEMPAKA SARI

Cempaka sari
Nama sebuah Negeri
bentuk alammu mendatar
berpaya berbukit dan bergunung
rakyatmu berbilang kaum dan bangsa
kehidupan aman makmur dan aman bahagia.

Kini rakyatmu
Seorang telah diangkat
Dalam usaha menaikan nama
Pemerentahan tertinggi di bumi ini
Dahulu ada beberapa orang untuk dicalun
Kini tanpa disedari ada seorang naik mendadak.

Cempaka sari
Tuah ayam lihat  di kaki
Bertuahnya bagi sebuah negeri
Tidak siapa yang boleh mengetahui
Kini tempat kedua tertinggi telah diberi
Sebagai TPM buat sebuah Negara yang di segani.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 8.20 pagi
Tanggal 14hb Januari 2016.