Khamis, 28 Januari 2016

BILA MARAH LEBIH MENGUASAI KEIMANAN









10.BILA MARAH LEBIH MENGUASAI KEIMANAN

Bukan perkara aneh lagi
Bila melihat seorang itu marah
Segala yang sepatutnya tidak berlaku
akan terus berlaku dan cukup tidak berakal.

Marah umpama api bakar
Dendam kesumat yang terpendam
Bagaikan lahar api yang membuak-buak
Untuk meletup dan keluar dari gunung terapi

Hanya hati orang beriman
Menilai sesuatu untuk dunia akhirat
Tenang menerima kebaikan untuk keduanya
Demi agama, bangsa dan Negara yang tercinta ini.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.40 ptg.
Khamis 7hb Januari 2016.


Sabtu, 23 Januari 2016

KATA USTAZKU HAJI IDRIS ANANG






9.KATA USTAZKU HAJI IDRIS ANANG


Sebaiknya sebagai orang Islam
Soal peribadi jangan sekali di ceritakan
Baik kebaikan suami atau ke burukkannya
Kerana Islam menggalak kan umatnya menutup aib
Patut memelihara kerukunan rumah tangga suami dan isteri.

Mendedahkan sesuatu kelemahan
Bukan sahaja memalukan keluarga kita
Malah menampakkan kelemahan yang kita ada
Sebaiknya pasangan suami dan isteri menutup aib
Wajib menjaga kebaikan dan perbaiki ke burukkan yang ada.

Allah S.W.T melarang suami isteri
Mendedahkan keburukan antara keduanya
Sebaiknya menceritakan yang baik-baik sahaja
Bukannya  mengutuk segala kelemahan pasangan kita
Kerana yang malu bukannya orang lain tetapi diri kita sendiri.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.10 pagi
Khamis 7hb Januari 2016.