Sabtu, 19 Mac 2011

SAUDAGAR PERDAGANG JANJI



gambar cuma hiasan


Aku lihat!
Ada seorang saudagar
licik memperdagangkan janji
pada kawan dan rakyat dan lawan
dengan putar belitnya yang mempersona.

Aku juga!
Pernah sekali tertipu
Dengan janji dan kata manis
Tetapi ternyata kini cuma janji palsu
Kini dia mula memperdagangkan janji baru.

Gila apa!
Buat siapa terpedaya
Tidak kira kawan dan rakyat
Janjinya cuma cerita belum dapat
Bila berjaya kita semua jadi mangsa keparat.


Oleh: Nurimanja,
Catatan buat rakyat bumi serawak.
Renung dengan matang sebelum bertindak.
Sehari yang lalu 19hb Mac, 2011 malam hari berita tv.



Jumaat, 18 Mac 2011

GERGAJI DUA MATA




 mata dan gergaji


Kisah gergaji dua mata
Sorong pun makan tarik pun makan
Keuntungannya pasti berlipat kali ganda
Bagaimana kalau kita jadi gergaji dua mata
Kalau tidak menginanya pasti memudahkan kerja
Janganlah cuba meniru gaya hidup sikap  gergaji dua mata
Asalkan kita hidup senang,biarkan orang lain pula hidup  menderita.



Oleh: Nurimanja,
Sajak lagenda catatan 31/12/2010
Bandar baru Perda, Telik Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia.
 
 






BERNYAWA DALAM MIMPI



sajak pilihan ahli Cr.


Aku ingin mencari ketenangan diri..
Agar hidup bukanlah sekadar mimpi..
Aku ingin kau tahu isi hatiku...
Aku memang bermimpi..
Mimpikan kau menjadi milik ku..
Mimpi isi hatiku jadi isi hatimu...
Mimpikan satu mimpi
hanya bernyawa di dalam mimpi...

 
Oleh: Harimau Berantai
dulu Mersing n9/Kini Gertak sanggul pp.
7pagi/2010 Mei 30 07:15
diterbitkan semula pada tanggal 19/03/2011.





Khamis, 17 Mac 2011

DAILONG KETITIR ,



dailong sang ketitir


BALAM berkata:
Aku ingin menaluk pulau
Menjadikannya sebuah negeri  aman

KETITIR  mencabar:
Kau cuma pandai becakap
Tetapi  tidak pernah turun padang

BALAM  berkata lagi:
Aku punya  penyokong tertentu
Merpati  dan   kakak tua

KETITIR  bertnya lagi:
Benarkah Merpati dan kaka tua?

 MERPATI Dan KAK TUA: menjwab
Benar, selagi ada kacang dan pisang

KETITIR  bertanya lagi:
Jika kacang dan pisang habis?

MERPATI DAN KAK TUA  menjawab:
Pastinya  hati kami juga akan beralih


Oleh: Nurimanja,
Catatan  Sedenyutrasa  sehari dua lalu.
Pagi  jumaat  tanggal  18hb. Mac, 2011 sajak  lagenda




LAYAK ATAU TIDAK BUKAN ISU



  sajak pilihan ahli Cr.

Layak tak layak, bukan isu,
semua manusia tuhan cipta sama.
cuma yang beza amalan kita.
kalau kita rasa kita jahat,
bukan takda peluang jadi baik,
tapi kalau kita masih tak nak,
memang sampai bila sama.
tiada jalan lain nanti jadilah
benda yang kita tak nak
tapi ada sebab jadi macam tu,
sebab nak tunjuk mana salah kita.
ini semua kemahuan,
atas daya diri kita,
tak ada benda senang didunia,
nak pandai kena belajar,
semua tu bergantung pada usaha,
usaha lebih dapat lebih,
usaha sikit dapat sikit,
tiada isu layak ke tidak.....

 
Oleh: Guru yahya
Penang
20.6.2010/2010 Jun 28 13:36
 Diterbitkan semula tarikh: 16/03/2011.