Sabtu, 10 Februari 2024

AKU KALAH DENGAN AURA BLEU ?

 





AKU KALAH DENGAN AURA BLEU ?


 
Mjdnah harapan
Apakah perlu aku katakan
Bila aku kalah dengan aura bleu
Dunia aku lihat bagaikan tidak indah lagi
Bagaikan terprtangkap dalam  alam kabus sakji
 
Memang aku
Cukup kecewa kini
Tidak dapat  memandu lagi
Malah mencatat puisi pun terganggu
Inilah nasib bila mata mulai rabun dan tua
 
Musnah rasa 
Segala haarapanku
Apakah prlu kukatakan lagi
Jikalau  dunia telah menolakku kini
Maka terpaksa aku akan terus jadi begini ,,
 


Oleh  Suara Pulau
Catatan  jam 6 [agi
Tarikh Jumaat  19 hb Januari 2924

 

 


BACALAH BASMALAH 21 KALI SETIAP MALAM





BACALAH BASMALAH 21 KALI SETIAP MALAM

 

Amalkanlah selalu
Sebelum tidur bacalah basmalah
Sebanyak 21 kali sebelum tidur di malam hari
Nescaya Allah akan memeliharai kalian dari 4 bala bincana.

Pertama dielakan
Daripada bala bincana kebakaran
Kedua Allah jauhkan ditimpa bala bencana
Kematian tenggelam lemas di dalam air, banjir ata Tsunami.

Ketiga hendarkan
Daripada kita kematian mengejut
Ke empat Allah SWT menjauhi kita daripada
Bencana kematian dari kemalangan jalanraya dan sebagainya.

Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 6.15 minit
Ahad Tanggal 20hb Januari 2019.

BIL8. TAHUN BARU DATANG LAGI?

 





TAHUN BARU DATANG LAGI?
 
Saban tahun
Kita menyambut tahun baru?
Tetapi adakah sikap kita telah berubah
Masihkah kita tidur bantal yang sama bentuknya
Sudahkah kita berpindah dari kehidupan susah menjadi senang?

Jikalau tidak
Kita masihjua tidak berubah?
Masih juga berada di tahap yang lama
Masih juga berada di bumbung rumah yang sama
Langsung tidak ada perubahan dalam kehidupan kita seharian ?

Mampukah kita
Sebelum datang tahun baru?
Kita sepatutnya perlu dahulu berubah
Jangan tunggu tahun baru untuk berubah sikap
Pasti segalanya tidak berubah hingga ke tahun baru datang lagi?

Oleh : Qalam Mutiara
jam 7. petang
Hari sabtu 16hb Januari, 2022.
photo cuma hiasan .


BATU MAUNG DAN BATU KAWAN







SEDUTAN PUISI TERLEPAS PANDANG 2014
BATU MAUNG DAN BATU KAWAN

Jika pemimpin merompak wang rakyat
Satu jambatan pun tidak boleh buat.

Batu Maung
Dan Batu Kawan
Kini merentang laut
Berjabat mesra perhubungan
Dalam merakam sejarah Pulau Mutiara
Buat perjalanan di jambatan Abdul Halim Muazam Shah.

Asia Tenggara
Kau melengkar megah
Sebagai Jambatan terpanjang
Kini memberi kemudahan mesra alam
Dalam usaha rakyat melakar kehidupan harian
Dari sebiji motosikal sehinggalah sebuah keinderaa
n berat.


Oleh: Nurimanja,
Catatan bersejarah Feb/ 2014
Siar semula 20/1/2023 Photo cuma hiasan

 


CERITA PENGKALAN KUBUR B8 (MFB);

CERITA PENGKALAN KUBUR B8 (MFB);

Jangan takut kita semua ke situ
Jadi berusahalah menguasainya sebelum mati
Kini Pengakalan Kubur jadi medan perebutan kuasa
Tidak kira lagi bulan bintang dan mentari ingin menguasainya
Kawasan yang cuma se kangkang kera dikuasai pemikiran berbagai cara
 
Anak-anak bumi Pengkalan Kubur
Mesti bijak memilih penguasa dan pentakbirnya
Jika kesilapan yang berlaku kekecewaannya bukan sadikit
Maka jadilah sebuah nyanyian puisi taridera cetra seloka akhirnya
Masing-masing penduduk ingin tunjuk laga dan gaya pemahaman mereka .
 
Lihatlah Perak, Kedah dan Selangor!
Ternyata kini bercempera cerita pentakbirannya
Apabila sudah berjaya dengan nyanyian dogingan janjian
Timbul pula acara dan agenda perebutan menjadi ketua penguasa.
Siapa yang terharu dicelarukan minda ? Mangsanya ialah si rakyat jelata.
 
Oleh: Suara Pulau,
3.30 petang, Rabu 27/8/2014.
Gambar Cuma hiasan. siar semula 16/1/2023