Rabu, 5 April 2023

SOLATLAH KAMU

 



SOLATLAH KAMU 

 

Bila masuk waktu

Terdengar sahaja azan

Segeralah kamu pergi  solat

Berjumaah bersama dengan imam.

 

Bersolatlah kamu

Sebelum kamu disolatkan

Solatlah belakang para jemaah

Sebelum kamu di solat depan imam.

 

Solat jangan lupa

Cuma ada lima waktu saja

Kerana mati setiap hamba Allah

solat lima waktu kita ditanya dahulu.

 

 

Oleh : Nuri Manja,

Catatan jam 7.20 pagi

Tanggal 24hb Januari 2016.

 

 


IS YANG MENGHAIRANKAN

 





 IS YANG MENGHAIRANKAN


Acap kali

Kita mendengar

Tentera IS

Perjuang berani mati

Sering mengebom

Dan menyerang sana sini

Dengan membuat kekacauan.

 

Tetapi IS

Agak aneh juga

Dan menghairankan

Kenapa negara Islam saja

Menjadi sasarannya?

Orang awam

Yang tidak berdosa .

 

Jika benar

Jihat berani mati

Seranglah negara Israel

Lawan tentera Yahudi

Yang telah banyak

Mengorbankan  rakyat

Di bumi Palastine …

 

Oleh: Nuri Manja,

Catatn jam 5.10  pagi

Tanggal 16hb Januari, 2016. SS 5/4/2023


 


NILAI SEORANG PERGI SOLAT JUMAAT




NILAI SEORANG PERGI SOLAT JUMAAT 


Seorang hamba Allah

wajib menunaikan solat jumaat

bila cukup umur bagi seorang lelaki

jika tidak pergi berdosa tanpa uzur syarei.

 

Tapi nilai solat jumaat

Songkok putih harga RM25.00

Cermin mata pula harganya RM450.00

Baju melayu atau jubah lebih kurang RM70.00

 

Cincin dan jam tangan

Lebih kurang nilainya RM450.00

Patyung  capar nilai harganya RM35.00

Jadi nilai semuanya pergi solat jumaat RM1,030.

 

Adakah harga pakaian

Perlu kita nilai dan ketengahkan

Sewaktu solat jumaat seminggu sekali

Atau nilai keimanan dan ketakwaan di dalam hati?

 

Oleh: Nuri Manja,

Catatn jam 6.05 ptg

Jumaat  15hb Januari 2016.


 


BILA AZAN PUN BERKUMANDANG

 



BILA AZAN PUN BERKUMANDANG 


Setiap kali terdengar

Suara azan berkumandang

Hati kita pun  bagaikan terpanggil

Untuk segera menunaikan solat lima waktu

Sebagai satu tanda wujudnya kekuasaan Allah SWT.

 

Rasa sedih dan  sayu

Di waktu maghrib dan subuh

Di kala  kita tinggal seorangan diri

Suara kebesaran itu amat syahdu sekali

Malah boleh mententeramkan segala keresahan hati.

 

Bila diseru nama Ilahi

Segeralah kita mendatangiNya

Sebagai menunaikan satu kewajiban

Demi tanggung jawab bagi  seorang muslim

Perlu  kita dengar kita taat dan patuh segala perentah.

 

 

Oleh: Nuri Manja,

Catatan jam 7.50 malam

Ahad Tanggal 3hb Januari 2016.

 

 


PUASA WAJIB KE ATAS ORANG ISLAM ?




PUASA  WAJIB KE ATAS ORANG ISLAM ? 



Puasa

Satu tarbiah melatihkan

Adalah rukun Islam yang ke tug

Buat mereka yang cukup syarat wajib padanya

Telah diwajibkan ke atas orang Islam terdahulu dari kamu

 

Perkara

Rukun jangan diremeh

Yang Allah SWT mewajibkan ini

Sebagi seorang Islam jangan pandang mudah

Jangan kamu mempersia-siakannya tanggong jawab ini ?

 

Mereka

Puasa penuh keredhaan

Mereka yang idak puasa tanpa ada keuzuran

Seksanya amat pedih digantung mulut berlumuran darah

Kecuali yang ada keuzuran dalam dadarurat kena bayar bidyah dan khaqa

 

Mereka

Umat Nabi Muhamad S.A.W

Yang berjaya melakukan berpuasa sebulan

Ditambah pula dengan puasa 6 hari dalam bulan syawal

Mereka dikurniakan pahala seolah macam puasa sepanjang tahun lamanya.

 

Oleh Pena Runcing,

Catatan jam 9.30 pagi

Hari Jumaat Tarikh 24/3/2023