Rabu, 5 Oktober 2022

BILA PM6 TIADA KUASA

 







BILA PM6 TIADA KUASA 
 
Cukup!
Memang Hebat !
Puak Parti Perangai Haprak
Dalam menjayakan usaha kemah besarnya
Terlalu banyak plan perancangannya habis A timbul pula B
Agenda dalam nawaitunya konspirasi menjatuhkan UMNO/BN terus berkuasa ?
 
Agenda!
Langkah Pertama!
Lancarkan tohmah dan fitnah
Kini ternyata tepat Peluru Berpandunya
Mengena sasaran bila penyakit kecelaruan minda rakkyat
Dan budaya songsang  sudah bermharajalela di bumi 1 Malaysia yang tercinta ?
 
Perhati!
Kini Jangan hairan
Banyak katak dalam kolam
Puak Perangai Haprak ini sedaya upaya
Memujuk agar Bersama dalam kemah besar mengekalkan
Serangan peluru berpandu dari segenap sudut daripada dalam dan luar negara ?
 
 
Oleh: Suara Pulau
Catatn jam 6.35 petang
Hujung Sabtu 27 Ogos 2022.


SAKA TUA PUNYA CERITA?

 









SAKA TUA PUNYA CERITA? 
 
 
Ada cerita
Seorang saka tua
Hamper satu abad usianya
Masih mampu mengegarkan dunia fana ini
Kerana aura percakapannya mudah ssja boleh dipercayai ?
 
Dia dahulu
Ayahnya seorang
Penhijrah yang merantau
Pendidikkannya baik Pernah menjadi PM4
Cuba menbantu masalah kemeskinan melayu dalam dilema ?
 
Kini citanya
Mencipta sejarah
Dalam politik Malaysia kini
Seorang Atok Dua kali menjadi PM4/PM7
Itulah hebatannya menjatuhkan dan mengangkat seseorang ?
 
Nah dinihari
Dunia juga terkejut
Siapa pun tidak menduga
Dia mencipta sejarah empayanya sendiri
Bersama keluarga dan keroni -leroninya yang tersendiri ?

 
Oleh: Suara Pulau
Catatn jam 6.35 petang
Hari Jumaat  26 Ogos 2022.


ITULAH KITA

 








ITULAH KITA 
Sajak sepontan
 
 
Ada masa kita cukup sihat
ada masa kita rasa sakit pula
ada masa kita rasa cukup kuat
ada masa kita penat tak bermaya
Itulah kita sifat baharu
sebagai seorang manusia
perlu pasrah diri kita selalu
kepada Allah yang maha kuasa.
Maaf kami baru nak belajar
menulis mencatat puisi
 
 
jangan ketawa .
Oleh: Qalam Tumpul.
26 Ogos 2017. siar semula 2022.


HANTU KEBODOHAN








HANTU KEBODOHAN
Sajak sepontan.
 
 
Hari ini
Negaraku di hantui kebodohan
Di mana pun pelusuk
kota dan desa mereka dihantui
Dengan cerita kebodohan hantu-hantu kebelakangan ini..
 
Ternyata
Lepas 100 hari hantu kebodohan
Bergayut di mana-mana
Berkuasa tidak menunai janji?
Kini rakyat dapat melihat Kebodohan kian menjadi-jadi..
 
Tepuk!
Hantu kebodohan ingin mendengar
Kemudahan dimusnahkan
Tiap yang bernama 1 Malaysa?
Hapuskan semua agar hantu kebodohan dapat bergimbira ?
 
 
Oleh: Suara Pulau
Catatn jam 6.35 petang
Hujung minggu 26 Ogos 2018.

ADAKAH DUNIA MULAI BOSAN ?

 







ADAKAH DUNIA MULAI BOSAN
 
Bila dunia kalut
Fikiran kita pun jadi serabut
Diserang rasa keraguan penuh kemelut
Bila berlaku covid 19 yang meragutkan ribuan kematian.
 
Hari ini ternyata
Dunia terlalu cemas remas,
Bila melihat akan tingkah laku manusia
Bagai sengaja berbangga dengan melakukan dosa-dosa.
 
Manusia angkuh
Alpa dengan janji Allah SWT
Cukup berbangga dengan kemungkaran
Kini terimalah sedikit rasa kecemasan dan kembimbang.
 
Jikalau masih!
Lupa dengan azab sensara
Bala wabak covid 19 Allah SWT utuskan
Adakah manusia masih lagi berbangga dengan kejahatan?
 
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Rabu Tarikh 24hb Ogos, 2022
Siar kembali ohoto cuma hiasan