Selasa, 5 Julai 2022

SEORANG TUA MELAWAN TAKDIR

 








SEORANG TUA MELAWAN TAKDIR 
 
Seorang tua
Menabit dada usia Panjang
Kerana kuasa sains dan teknologi hari ini
Kalau tidak katanya dia sudah lama mati meninggalkan dunia ini
Tetapi kerana sain dan teknologi dia masih hidip menjadi PM sekali lagi di Malaysia ini.
 
Sebebnarnya
Dia lupa ketentuan Allah SWT
Manusia cuma mempu merancang sahaja
Umur Panjang dan penbdek ketentuan kepada Allah yang berkuasa
Jangan kita menyeleweng pada rukun Iman ke enam percaya pada qada dan gadarNya.
 
Allah menentu
Hidup atau matu sesaorang
Sesuatu kejadian itu dengan kehendakNya
Kita sebagai hambaNya sekadar mampu berusaha saja di dunia ini
Setiap kelakuan kita baik atau buruk semua akan dinilai dan ditentukan di akhirat nanti. 
 
 
Oleh Tinta Azimat
Catatan jam 5.45 pagi
Hari Ahad Tanggal 18 Jun  2022


HARIMAU MALAYA









 HARIMAU MALAYA 
 
Harimau Malaya!
Sudah hamper 42 tahun ?
Kau gagal menyelinap digelangan AFC
Dalam kancah bola sepak di ranatau Nusantara
Apatah lagi melayakkan diri di peringkat antarabangsa dunia ?
 
Harimau Malaya!
Kini  Keluarga Malaysia ?
Kami ingin melihat agar Harimai Malaya
Bukan sebagai jaguh kampung di halaman sendiri
Teruslah melompat lebih jauh lagi sehingga ke persada dunia?
 
Harimau Malaya!
Berjuang untuk kemenangan
Kekuatan kita sebenar adalah semangat
Semangat juang yang kental tidak ada perhentian
Tumpuan kepada 3 gol pertama setiap kali perlawanan wajib ?
 
Oleh Yusma
Catatan jam 5.45 pagi
Hari Ahad Tanggal 18 Jun  2022


KERETA LAMA KU

 



KERETA LAMA KU
 
Kereta lama ku
Sudah lama aku gunakan
Biar pun selalu saja meragam
Namun aku tetap sayang padamya
Kerana kau telah pun banyak berjasa
Baik sewaktu aku senang
Dan sewaktu aku susah juga.
Aku masih sayang padamu
Wahai kereta lama ku
Apa orang lain hendak kata ?
Biarkan kepada mereka
Asalkan kau masih bersamaku
Dan keluargaku
Aku sedikit pun tidak rasa malu.
Pesan aruah mamaku
Ingat kereta lamamu banyak berbakti
Jangan pula kau hidup umpama
lepas jambatan kau buang tongkat
Jangan dengar apa orang lain kata
Apa yang penting segala kehidupan mu
Kau sendiri yang patut menjaganya …
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.30 pagi
Tanggal 29hb Disember 2015.
selamat hari jadi En nuri. dm blog citranuri

CUKUPKAH BELANJA SEORANG PESARA

 



CUKUPKAH BELANJA SEORANG PESARA 

Seorang pesara
Cukupkah pendapatan
Hanya RM1,596 sahaja se bulan
Potong bayar rumah RM390 tiap bulan
Api dan air telephon astro lebih kurang RM250.
Handset , Minyak kereta dan broxband internet RM250
Belanja dapur harian se keluarga lebih kurang RM600 atau RM700 ?.
 
Seorang pesara
Anak-anak ada bekerja
Memang ada lebih dari memadai
Tanggungan rengan boleh membantu
Tetapi seorang pesara keluarga kecil tanpa anak
Cukupkah mereka berbelanja jika diri pula ada berpenyakit
Apakah agenda dapat membantu bebanan yang dipikul seorang pesara?
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.20 ptg
Tanggal 22/6/ 2022 Siar kembali.

LAMA NIAN HARUMAU MALAYA TIDAK MENGAUM?

 








LAMA NIAN HARUMAU MALAYA TIDAK MENGAUM? 
 
 
Lama nian
Harumau Malaya tudak mengaum
Hamper 42 tahun setelah Mohtar Dahari dijemput pergi.
 
Kini gempar
Ngaumannya di rantau nusantara
Harimau Malaya kembali menggegar keluarga Malaysia.
 
Mampukah ?
Harimau Malaya mengekal rentak
Menjadi juara di rantau Asia mewakili bola sepak dunia?
 
Perlu ingat?
1 & 2 gol cuma pembukaan sahaja
3 gol ada sedikit kemampuan 4 gol baru boleh ketawa ?.
 
Oleh Yusma
Catatan jam 8.00 malam
Sebelum perlawanan Malaysia - Banglades
14/6/2022 .