Sabtu, 5 Februari 2022

KIMANIS SABAH SATU PENGAJARAN.?










KIMANIS SABAH SATU PENGAJARAN.? 
 
Manusia Cuma mampu merancang
Jangan sesekali cuba melawan takdir Allah tentukan
Jikalau anda terlalu banyak buat pendustaan Mana tuhan yang ingin membantu?
 
Justeruitu kena menepati janjimu
Jangan bila ada terdesak mampu buat janji itu dan ini.
Bila anda sudah Berjaya janji semua hanyut malah berbangga dengan penipuan?
 
Kini ternyata pendustaan bukanlah
Satu ubat keramat yang boleh memperbodohkan undi
Setiap undi yang rakyat beri berdasarkan janji manifesto yang pemimpin janjikan ?
 
Janganlah hairan tohmah dan fitnah
Boleh memakan diri sendiri bila tembelang itu pecah
Kini terimalah bau busuknya sehingga menjadikan anda tidak mampu angkat muka ?
 
Dimana hebatnya sebuah parti itu ?
Belum lagi dua tahun khazanah negara habis dijualnya
Bantuan kepada rakyat habis dipotongannya janji mengunong semua auta sahaja?
 
Oleh: Suara Pulau.
Catatan Jam 9.30 malam
Tarikh hari  21hb Januari 2022

BACALAH BASMALAH 21 KALI SETIAP MALAM

 







BACALAH BASMALAH 21 KALI SETIAP MALAM  
 
Amalkanlah selalu
Sebelum tidur bacalah basmalah
Sebanyak 21 kali sebelum tidur di malam hari
Nescaya Allah akan memeliharai kalian dari 4 bala bincana.
 
Pertama dielakan
Daripada bala bincana kebakaran
Kedua Allah jauhkan ditimpa bala bencana
Kematian tenggelam lemas di dalam air, banjir ata Tsunami.
 
Ketiga hendarkan
Daripada kita kematian mengejut
Ke empat Allah SWT menjauhi kita daripada
Bencana kematian dari kemalangan jalanraya dan sebagainya.
 
Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 6.15 minit
Ahad Tanggal 23hb Januari 2022.


DUA TAHUN KITA TERSEKSA ?

 







 
DUA TAHUN KITA TERSEKSA ? 
 
 
Alahai sedihnya!
Negaraku yang amat tercinta.
Nasibmu begitu malang di rantau negara Asian ini
Kitalah negara paling teruk diserang Covid 19 diantara mereka?
 
Pertama 2018 !
Parti UMNO/BN kalah PRU14.
Tetiba sahaja musibah Covis 19 datang menyerang
Hamper dua tahun pergerakan ekonomi kita tergugat terhenti?
 
Kedua disusuli
Bencana banjir kilat melanda
Beberapa negeri rakyat bergelut dengan kemelut
Rumah musnah keinderaan rosak tanaman juga hancur musnah ?.
Dimana salah!
Adakah kerana pemimpin kita
Sering melakukan kerja kotor onar dan mungkar
Menjadikan Allah SWT murka dan memberi sedikit pengajaranya?
 
Catatan Pena Runcing
Jam 10.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 20/1/2022

DALAM KEHIDUPAN KITA KINI BERBEZA







 DALAM KEHIDUPAN KITA KINI BERBEZA 
   
Dunia kini
Ada dua makhluk berbeza
Satu Makhluk di vaksin satu lagi belum
Kenapa dunia mencipta sejarah norma baru dan normal lama.
Apakah mereka yang belum vaksin akan hidup berasiangan dan bersendirian ?
 
Aneh kini
Mereka yang telah vaksin
Lebih dari 4 kali bebas keluar masuk
Walau pun telah mengamal norma baru  terikat dengan SOP.
Apa pun mereka yang vaksin 4 kali jangan berbangga anda terasa kekebalan ?
 
Vaksin ini
Sekadar usaha kita sahaja
Menjalankan tanggung jawab kerajaan
Terhadap rakyat dari dijangkit  Covid 19 yang kini berbagai ?
Hanya pasrah kepada Allah SWT kerana Allah yang menurunkan penyakit ini ?
 
Catatan Pena Runcing
Jam 10.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 20/1/2022


TELAH PERGI LELAKI PELIHAN?







TELAH PERGI LELAKI PELIHAN? 
 
35 tahun kau berjuang ?
Menyambung pengobanan bapamu
Demi untuk bangsa agama dan negara tercinta.
 
9 tahun kau diangkat ?
Setelah berjaya berhempas pulas
Bagi memaju ekonomi dan pembangunan negara,
 
Kini ada pula petualang?
Iri hati dendam dan hasad dengki
Cuba sedaya upaya melontar tohmah dan fitnah,
 
Itulah budaya bangsa ?
Orang melayu kini engkau hadapi
Berbagai tuduhan jahat dilempar ke atas tirimu,
 
Catatan Pena Runcing
Jam 10.30 pagi
Rabu Tarikh 19/1/2022