Ahad, 5 September 2021

.PANTUN SELOKA NURIMANJA









PANTUN SELOKA NURIMANJA 
 
Dunia ini tanpa sempadan
Dihujung jari kita layari
Jika hidup tiada berwawasan
Bagai belayar di laut mati ,
 
Tidak tertuntut ilmu di dunia
Sekadar air di muncung burung
Kering lautan dihujung pena
Rahmatnya tuhan tidak terhitung ,
 
Teguh iman di dada bertakwa
Jejak bertapak di bumi ini
Jangan ketinggalan di arus masa
Di tangan ini mencorak hari,
 
Semai semangat , hidupkan cita
Dunia dikelek akhirat dijunjung
Hidup bukan haiwan melata
Jasa yang  baik tetap disanjong ,
 
 
Oleh; Nurimanja, FERDA
Pulau Pinang, 3o Mei 2012.

BERTADABURLAH

 








BERTADABURLAH


Berfikirlah
Wahai orang-orang musyirikin
Mereka ini sebenarnya mendustai Allah S.W.T
Apa yang mereka berpura-pura itu di dunia dulu dusta
Kemudian mereka minta Allah Kembali mereka ke dunia untuk berbuat baik.
 
Mereka pun
Meminta kepada Allah S.W.T.
Konon untuk kembali mereka ke dunia semula
Tetapi Allah berkata kepada malaikat tutup pintu neraka
Mereka ini orang dusta mereka tetap berdusta setiap tingkah laku mereka ?
 
Bacalahlah
Ayat -ayat Quran kepadanya
Mereka sebenarnya tidak akan patuh dan turut
Kerana hati mereka tertutup pekak hilang penlihatannya
Allah S.W.T  metutup pintu hati memekakkan telinga dan buta mata mereka ?
 
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 8.45 pagi
Tarikh Isnin 9hb Ogos 2021


31 OGOS YANGKU NANTI








OGOS YANGKU NANTI  31MU
 
31 OGOS !
Rinduku bersama 31 mu.
Bulan yang ku nanti ulang tahunmu datang lagi.
Malaysia tanah airku, tanah tumpahnya darahku
semoga rakyat hidup aman dan maju...
 
Selamat menyambut hari kemedekaan negara kita
jika enggan mengebar jalur gemilang.
semngat pitriotikmu ternyata sudah hilang
jadi jangan rasa sedih bila ada orang lain cuba menghina ,
akan agama, bangsa dan negaramu ...
 
Buat renungan Gnerasi Y.
Kini usia 18 tahun anda untuk dikira layak mengundi
Jangan persiakan hak dan kewarasan minda anda
Bagi menentukan masa depan wawasan TN30 yang tergendala ?
 
Oleh: Admin Muda,
Catatan jam 8.45 pagi
Puisi terkandas disiapkan setahun lalu.2020.kini


AKU TAK MAMPU LAGI MENILAI SEBUAH PUISI?










AKU TAK MAMPU LAGI MENILAI SEBUAH PUISI? 
 
 
Bila apa yang kita harap
Semua jatuh pecah berkecai ke bumi
Cukup terasa  amat kecewa hati dan denyut nadi
Kini aku bagaikan gagal tidak mampu lagi  menilai sebuah puisi
Biar pun kalian mempamerkan puisi nyata tersembunyi  sembolik atau bombastik?
 
Amatlah tenat dan perik
Minda aku kian berkecamuk terharu
Menilai mencari masalah kebengungan minda kita
Soal kecil dan remeh kita terasa bagaikan kekalutan kemelut
Begitu sukar untuk dirungkai dan diatasi bila sesuatu yang menguntungkan parti?
 
Sebagai ketua diangkat
Bukan bertinda mengikut ketetapan
Sepatutnya kita kena nilai dari berbagai sudut ?
Jikalau merugikan bangsa agama dan negara patut kita tolak
Tetapi jika kita telah diangkat menjadi sebahagian ketua pemimpin kenapa ditolak?
 
 
Oleh ; Suara Pulau
Catatan jam 5.setengah pagi
Tarikh hari  Ahad MInggu 8hb Ogos 2021


BUAT KEKASIH!












 BUAT KEKASIH! 
 
Kekasih
petang ini jangan kemana
Jika kau menghulur kepalamu di jendela
Janganlah kau mengharap kelibat wajahku di bawah jendela
Jikalau ada angin petang yang menyapa wajahmu bersama rambutmu yang terurai
Bukanlah aku yang mengirimnya untukmu sebenar itu adalah igauwan yang bermain di hatimu?
 
Awaslah
Jikalau awan hitam
Tetiba menurunkan hujan itu tangisan
Tetapi kau janganlah bersedih kerana hujan itu ada rahmat
Rezeki yang Allah turunkan dari langit untuk semua makhluk yang Allh jadikannya
Percayalah kekasih didalam kesusahan yang kita alamai ini pasti ada hikmat dan ganjarannya?
 
Nantilah
Kekasih malam ini
Sebelum masuk tidur tepoklah bantal
Serulah namaku agar aku mampu terkejut dihujung malam
Agar dapat aku mengerjakan tahajud dua rakaat dan membesikkan kisah cinta kita
Semoga aku tidak tertipu dan terjebak dengan kerenah dunia  penuh penipuan dan pancaroba?
 
Oleh ; Pena Runcing
Catatan jam 5.setengah pagi
Tarikh hari  Sabtu 7hb Ogos 2021