Khamis, 5 Ogos 2021

.GAGAK KAU BERAKLAH DI ATAS BUMBUNG KERETAKU








.
GAGAK KAU BERAKLAH DI ATAS BUMBUNG KERETAKU 
 
Aku sudah tidak terdaya lagi?
Hendak membasuh bumbung kereta burukku
Seminggu ini aku beri peluang untuk kalian membuang najis
Di atas bumbung kereta tua burukku biar bertumpuk hitam dan putih jadinya
Aku tidak marah lagi seperti seminggu lalu kalian membuang najis di atas bumbung keretaku.
 
Apa pun bukan keretaku saja?
Kereta orang lain pun menjadi mangsa jua
Dibiarkan sehari dua tidak mengapa tetapi kalua berminggu
Akan menjadi warna hitam bertumpuk-tumpuk tidak menentu bentuk bunganya
Beraklah gagak sepuas hatimu sejak wabak  C19 ini penghuni falat ramai tidak pergi kemana.
 
Kini angin semuntal penghuni?
Taman perumahan rendan dan sederhana
Adalah tapak pesta gerombolan sang gagak mencari makan
Menjelingah dari pokok ke bumbung gerai dan tiang lampu elektrik berjajaran
Malam kau tidur di pohon rendang perut kau kenyang rasa nak terberak kau lepaskan saja.
 
 
Catatan Geletek Pagi
Jam 10 . 30 pagi
Ahad  tanggal 25hb Julai 2021



DULU NEGARA KITA HUTAN BELANTARA

 









DULU NEGARA KITA HUTAN BELANTARA 
 
Duhulu negara ini adalah
Kawasan hutan belantara
Berabad lamanya kita dijajah
berbagai bangsa seluruh dunia
Malah kita bagaikan jakun perak
Tidak mampu mengangkat kepala
Apa tah lagi mendabit dada
Untuk menjadi tuan di bumi ini
Sehingga berkurun lamanya
Tangan kita di kilas kebelakang
Kepala kita ditekan tunduk ke bawah
Negara jiran ambil kesempatan
Biar pun sebelah menyebelah
Juga menekan kita berbagai ugutan
Membayar upti setiap tahun
Hantaran bunga emas
Jika enggan kita diserang
Diganggu Negara Gajah Putih
Begitu juga dengan Das Is Indes
Kerajaan Mataram Jawa kono
Pernah menguasai kita
Dari Malaka ke Johor riyau
Kita memang terbelenggu
Tiada tempat untuk mengandu
Membela nasib dimasa itu ?
 
Oleh:Tinta Azimat   
Catatan  jam 6.30 pagi
Hari  Sabtu Tanggal 24hb Julai 2021



PERAYAAN PERAYAAN SEBENAR?







PERAYAAN PERAYAAN SEBENAR? 
 
 
Bukanlah
Kita menyambut hariraya
Aidil Fiteri atau aidil azhda atau hari lahir
Tetapi hari raya bila kita mendapat keredhaan Allah S.W.T
Bila kita disingker dari neraka tetapi dapat kelayakkan syurga Allah S.W.T.
 
Tidak ada
Hari raya yang paling
Mengimbirakan kita dari hari raya lain
Melainkan kita mendapat pengiktirapan layak masuk surga
Mendapat segala  catatan  amalan kita didunia dari tangan sebelah kanan.
 
Justeruitu
Kita kena berhati-hati
Setiap amalan kita pilihlah kebaikkan
Jangan kita cuba merosakkan amalan makrup di dunia ini
Kerana apa sahaja kebaikkan amalan kita kebaikkan juga diakhirat nanti.
 
 
Oleh:Tinta Azimat   
Catatan  jam 6.30 pagi
Hari  Sabtu Tanggal 24hb Julai 2021

 

.LAMANIAN AKU TIDAK MENCATA PUISI










LAMANIAN AKU TIDAK MENCATA PUISI 
 
 
Lamanian aku tidak dapat ruang mencatat puisi
Namun kerinduan tidak mudah musnah
akibat gangguan kesebukkan
saban hari bergelut
dengan kemelut
dan kekalutan.
Itulah aku.
 
Entah kenapa di pagi selepas aisul azdha ini aku
Punya sedikit ruang untuk meluang masa
Bersama sekeping kertas putih
Sebatang pen hitam
Lalu aku mencatat
debuah puisi
aku minati.
 
 
 Oleh:Tinta Azimat   
Catatan  jam 6.30 pagi
Hari  Sabtu Tanggal 24hb Julai 2021


BUDAYA KECELARUAN MINDA MEMERANGKAP KITA







BUDAYA KECELARUAN MINDA MEMERANGKAP KITA 
 
 
Sepontan cuma
Aku menulis puisi
Jangan marah kawan
Dan pembaca di media maya
Kerana di daerah kita
keadaan  begitu tenat nampaknya
Ramai rakyat jelata
telah diserang penyakit dahsat
wabak budaya kecelaruan minda
Si perancang pencetus agenda
Menghuruharakan negara
Penuh menipu , tohmah dan fitnah
masih bebas dan merdeka?
Mereka yang ingin beribadat
Sujud kepada perintah
Agama Allah SWT
dikira melanggar SOP ?
Perintah darurat
Mereka akan ditahan  ……….
 

Oleh: Pena Runcing,
Catatan  jam 5.30 pagi
Hari Jumaat  Tanggal 23hb Julai 2021