Isnin, 5 April 2021

SOLAT ITU SATU KETENANGAN

 







SOLAT ITU SATU KETENANGAN
 
Solat itu membersihkan
Dilakukan lima kali dalam sehari semalam
menyerah diri kepada Allah SWT
semoga hatimu menjadi tenang
dapat memantap kekuatan iman,
Solat itu mengarahkan kita
semoga menjauhkan diri dari mungkar
banyak mengerjakan yang makrup
kerana hati yang dsalut ketenangan
akan diredhai masuk ke syurga Allah.
 
Oleh ; Nurimanja,
catatan kuliah pagi hari,
dari penceramah bebas 2021

SELEMBUT AIR BIASA JADI SEKILAS THSUNAM






SELEMBUT AIR BIASA JADI SEKILAS THSUNAMI 
 
Lihat bila gunung ganang
Yang teguh dan kukuh hancur
Menjadi debu halus yang berterbangan
Bumi menjadi rata dan mendatar
Itulah pertanda Allah S.W.T amat maha kuasa.
 
Bila gunung berapi merletup
Keadaan di bawah lautan bertukar
Ombak besar menjadi api ganas
Lalu menyerang pantai sebagai thsunami
Masa itu manusia untuk sujud sudah terlewat.
 
Kita tidak lagi kenal saudara mara
lari membawa diri sendiri untuk selamat
bagaikan orang dirasuk penyakit gila
masa itu segalanya tidak berarti lagi
itulah kekuasaan Allah SWT ke atas hambaNya.
 
 
Oleh: Nuri Manja
Catatan 21 Ogos 2015?11/3/2012
Jam 5.35 pagi khamis.



DULU KAMILAH PEMBAWA PANAH









CATATAN SEPONTAN PUISI HUJUNG MINGGU INI
DULU KAMILAH PEMBAWA PANAH
 
Jika Atok seorang wira
Kamilah pengering yang setia
Membawa panah , kuda dan mengiringinya
Kami sanggup bergadai nyawa asalkan Atok terus berkuasa.
 
Tetapi hari ini tiada lagi
Semangat juang telah hilang
Bagaikan telah dilanda tiupan agin kencang
Panah kuda tiada lagi disisi semua telah pun dimusnahkannya.
 
Kerana rasa kekecewaan
Cukup sakit dan tenat dalami
Pedih luka parah di hati ini bukannya sedikit
Setelah Atok berjaya berkuasa kembali Atok lupa segala janji?
 
 
Oleh Pena Runcing
Dulu kami pemuja idola Atok
Kini patah hati terus kecewa 31/3/2019. .

 

CUMA TINGGAL KENANGAN ( MAT BAT)





CUMA TINGGAL KENANGAN ( MAT BAT)

 

Mat Bat
Punya punyai biola
Kecint
aanya terlalu luar biasa
Pada kehidupan seni bermain biolanya
Begitu asyik sehingga Mat Bat melupakan segala.
 
Asyiknya
Boleh bawa hanyut
Bersama usia  setengah abad
bunyi gesek biolanya bagaikan kekasih.
Cukup ghairah dan menpersonakan pada hatinya.
 
Bila Irama
Biolanya dimainkan
Berdesing  dipentas khalayak
Bagai mendapat balasan cinta sucinya.
Satu permainan mengasyikan hingga lalai dan leka .
 
Oleh Nurimanja,
Catatan di Taman Brown , Gelugur
Tarikh hb23  Julai 1983.5/4/2021
 

 


BOLEHKAN PAKATAN BAWA HARAPAN?



BOLEHKAN  PAKATAN  BAWA HARAPAN?
 
Satu satu wujud
Kemudian hilng dan tenggelam
Berbagai parti perjuangan harapan dan pakatan
Konon semuanya untuk rakyat jelata  bukan individu tertentu
Akhirnya terbungkar rahsia  parti kroni dan kaum keluarga nampaknya.
 
Bila PKR dan DAP
Berpaksikan bapa anak isteri
Di Majlis tertinggi dikuasai keluarga dan keroni
Akhirnya segala harapan pada cogankata tinggal begitu sahaja
Kini ahli parti yang bekerja keras selama ini rasa terpedaya dan terseksa .
 
Di mana harapan?
Kalau setiap kali PRU berlaku
Nama parti puak pembangkang bertukar lagi
Demi untuk mengegarkan hati rakyat yang asyik mendengar
sandiwara bersiri daripada pempinan bapa anak isteri dan keroni sendiri.
 
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6 petang.
Khamis Tarikh 11hb Januari, 2018.