Sabtu, 7 September 2019

MUTAAH WAJIB KEPADA ISTERI




 MUTAAH WAJIB KEPADA ISTERI
                                                    
Memberi hak
Kepada isteri yang di cerai
Sebelum disetubuhi oleh si suami
Tidak wajib tetapi boleh berbuat baik dan ehsan
Tidak kira lelaki susah atau senang kena beri mutaah kepadanya

Sebelum bercerai
Mereka berhak minta mas kawin
Sama ada sepenuh atau separuh kepadanya
Adalah menjadi kewajipan kepada suami-suami mereka
Inilah yang diceritakan Islam ke atas ke atas kedua pasangan itu.

Siapa yang berhak?
Sebenarnya suami yang menceraikan
Sebaiknya kedua pasangan itu bermaaf-maafkan
Jika berlaku perceraian carilah jalan yang baik sahaja 
Itulah yang dikehendaki dalam agama Islam yang cantik peraturannya.


Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 10.15 malam
Tarikh 12hb Ogos 2019.

. BERKAHWIN DENGAN JANDA



 

BERKAHWIN DENGAN JANDA


Jangan bermain dan berjanji
Dengan janda yang mati suaminya
Allah melarang melakukan secara rahsia

Jangan berjanji hendak angkat nikah
Sedangkan ianya masih dalam edah
Ingat Allah maha pengasih dan pengampun.

Jika berlaku keadaan dalam edah haram
Perlulah dibatalkan dan dipisahkan
Sehingga habis edah boleh dinikahkan.

Jika kamu bercerai dengan isteri kamu
Kena beri muttaah ikut kemampuan si suami
Ingat dengan bantuan yang mulia dan baik

Berilah mereka mas kawin yang termampu
Dengan memberi menfaat harta dan pakaian
Agar menjaga keperluan yang wanita itu mahu

Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 10.15 malam
Tarikh 11hb Ogos 2019.