Sabtu, 5 Januari 2019

SETIAP PEMBUKAAN SURAH AL QURAN ADA MAANANYA







SETIAP PEMBUKAAN SURAH AL QURAN ADA MAKNANYA

Dalam Al Quran ada surah permulaannya
Dengan beberapa huruf hijaiyah
Pahalanya setiap satu huruf
Mendapat 10 pahala .

Jangan sesiapa berkata jangan bacaan Quran
Tidak tahu maknanya  salah
Ini satu pandangan yang
Batal dan salah …

Huruf yang penuh dengan hikmah Allah S.W.T.
Bukan semua orang faham
Cuma setengah sahaja
Ayat mutasabihah.

Contoh surah yang dimulakan dengan huruf ini.
Huruf ini sebagai pemisah
Ada nama-nama Allah
Allah S.W.T ketahui.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Jumaat Tanggal 3hb Disember 2019.

KELEBIHAN AL FATIHAH KUNCI MASALAH





 KELEBIHAN AL FATIHAH KUNCI MASALAH

Baca lah Al Fatihah
Surah mempunyai 7 ayat
Ada mengandungi nama agung
Baca lah 10 kali sebelum dan selepas solat
Lima waktu kecuali sebelum  solat zohor 20 kali al fatihah.

Insyaallah dengan izin
Allah S.W.T segala masalah
dapat diatasi dalam kehidupan
Baca lah dengan penuh keyakinan di hati
Setelah kita berikhtiar dan berusaha dan berdoa kepada Nya.

Surah pembukaan ini
Manusia jangan tersasar
Ibu al Quran atau kunci hikmah
Siapa pengamalnya lambat laun akan
Berjaya dan Allah akan mengubah kehidupannya dari masalah.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.50 pagi
Jumaat tanggal 3hb  Januari 2019