Isnin, 3 September 2018

JALAN YANG LURUS





 JALAN YANG LURUS  

Jalan lurus
Jalan yang di bawa oleh Islam
Jalan yang di ajar oleh Nabi Muhamad S.A.W
Jalan yang kekal bagi kami bersama dalam kehidupan Islam
Jalan yang lurus jalan yang tidak sesat jalan yang dapat keredhaan Allah S.W.T.

Jalan lurus
Jalan yang engkau tunjukkan
Jalan yang mereka terdahulu daripada kami
Jalan yang bukan bagi orang-orang yang kufur dan sesat
Jalan yang lurus ia itu  jalan yang menuju ke arah kebenaran dan kebesaranMu.

Jalan lurus
Jalan yang kami harapkan
Jalan yang mendapat taufik dan hidayahMu
Jalan yang tidak berganjak lagi hati kami kepada addinMu
Jalan yang hidup mati kami berpegang kepada kaqa dan kadarmu kepada kami.

Oleh ; Qalam Mutiara,
Catatan 5.30 pagi
Jumaat tanggal 24hb Ogos 2018.

.DONGINGAN MEMPERDAYA KITA





.DONGINGAN MEMPERDAYA KITA

Lewat kebelakangan ini
Negara telah dilanda cerita dogingan
Begitu ghairah dan asyik sesiapa mendengarnya
Terus percaya dan menyakinkan termasuk tohmah dan fitnah
Demi menguasai agenda mabuk kuasa dengan janji manifesto yang  luar biasa .

Hari ini kerajaan BN
Yang memerintah lebih 62 tahun itu
Telah tumbang bila pengundi telah menolaknya
Kini telah di kuasai parti Malaysia baru PH buat rakyat jelata
Namun manifesto 100 hari masih gagal di tunaikan janji pilihan raya PRU14 ?

Kini rakyat  terasa !
Sebagai satu tipu daya rebut kuasa
Terasa pemberian undi sebagai di permainkan ?
Malah ungkapan kata janji luar biasa adalah cuma dogingan saja
Bila janji-janji yang di ungkapkan selama ini  semuanya masih gagal dilaksana?

Oleh ; Qalam Mutiara,
Catatan 5.30 pagi
Selasa tanggal 21hb Ogos 2018.