Isnin, 12 November 2012

PERTAUBATAN (1)



sajak tempat pertama september 2012


aku terhenti di separuh malam
menembus muara bercampur aduk
bak rasa yang tak terjamah
akhirnya pementasan melingkar
bersama kelam bermain kata
serak bergemuruh seperti
melintasi seluruh sejagad bumi
kalimat Allahuakbar berkumandangkan
sujud bersenandung dengan pasrah
hanya untaian doa pertaubatan
lalu air mata jatuh berderai di sajadah

Oleh; Abdullah Sani
sajak kekesalan atas kesilapan dahulu/27 September 2012 8:08 PG


Isnin, 5 November 2012

AKU BUKAN MUFAKIR ATAU MUALIM



sebuah puisi lama

Aku cuma seorang pencatat cerita masa
bukan tokoh seorang mufakir atau mualim
belajar tinggi banyak guru dan lama masa ada ijazah
Atau menghimpun ilmu dari alim ulamak
bergelar diri termashoor dan lagi tershohor.

Aku cuma perenung zamanku dihujung malam
mencatat apa sahaja yang aku kira perlu
memperkatakan sesuatu yang benar dan shahih
menghendarkan apa yang mungkar dan niat jahat
biarkan mereka marah asalkan benar aku mencatat.

Jika aku diam terasa macam berdosa besar
Allah SWT tidak akan mengiftirap imanku
kerana membiarkan saudara Islam bershubahat
membenarkan segala musibah kemunkaran berlaku
buat menjahanamkan bangsa agama dan negara.



Oleh : Nurimanja,

Pencatatan malam sepi Tanggal 22/3/2010.