Isnin, 12 September 2011

HENING MALAM (SM)


 sajak layak utk ke Korea

Dalam hening malam ini
hanya gelap dingin seperti
sekuntum bunga telah mengering.
Namun aku mengartikan sendiri
seperti sebuah senja
merindukan kelip bintang di langit.
Aku akan mencintai yang fana,
walau semua hilang punah
Saat fajar pagi menyapa,
hidup baru harus dilanjutkan.
Saat itu kuceritakan

 
Oleh:Tengku Anita
sajak simbolik/30 Ogos 2011 3:26 AM




MENCARI CAHAYA DI BUMI AMBIA (SM)



 sajak layak utk ke korea

kembara hamba ke daerah asing
bersama segunung impian suci
buat terangi hidup insani
seribu makna buat insan kerdil
yang dahagakan titik ilmu
yang melata di pelusuk dunia
yang menunggu tangan mengutip
terdampar akhirnya di sini
mencari cahaya di bumi ambia
cahaya itu makin lama terkumpul
dalam dakapan dada hambanya
cahaya ilmu yang pasti bisa terangi
hati-hati yang senantiasa dahaga
buat dikongsi kemudian harinya
mereka tiada putus berdoa berharap
terangkah sinaran cahaya itu
tunggulah mereka nyalakan sumbunya

 
Oleh: Ustazah Hamidah
sajak ketuhanan/30 Ogos 2011 3:23 AM






Ahad, 11 September 2011

PESAN IMAN AL GHAZLI




Diakhir zaman kata Iman al Ghazali
Jangan percaya kepada ulama masa kini
Selalu mencari benda yang khilap dan remeh
Mereka akan gemar menabur  fitnah dan tomah.

Alim ulamak zaman ini yang hasad
Merupakan satu penyakit yang amat tenat
Kata iman al Ghazali jikalau  ingin bersahabat
Cari lah alim ulamak yang mengingati hari akhirat.

Ini cerita empat ratus tahun dahulu
Ramainya alim ulamak yang dibanggakan
Tidak cari perkara asas tetapi cabang remeh
Jangan kita terjebak dengan alim ulamak begini.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan Kuliah di udara,
Jam 6.30pagi. 10 September, 2011.



BISAKAN DIRI DENGAN KEBENARAN




Biasakan dengan amalan
Orang-orang yang benar dan mahir
Dalam kerja-kerja bebaikan dan kebajikan
lalu kita pun akan terikutikut  menjadi benar

Lihatlah akhlak nabi-nabi
Kebiasaannya menjadi contoh
Kerana kalau terbiasa dengan akhlak
melakukan kebaikan maka banyaklah kebajikannya

Maka eloklah kita biasakan
Mengamalkan dengan akhlak baik
Nescaya ia akan terikut-ikut dengan cara
Benar,jujur, ikhlas dalam membentukan akhlak.


Oleh: Nurimanja,
Pagi hari rabu dua syawal, 1432.


 


Jumaat, 9 September 2011

MASIH CERITA FITNAH






Hari-hari cerita fitnah memfitnah
tidak mudah habis sehingga kini dari zaman nabi hingga dini hari
jagalah diri kamu dengan amalammu yakinkah kamu boleh masuk syurga

 Janganlah kamu buat sesuatu itu
Jangan kamu fikir orang tidak tahu Sebnarnya Allah mengetahuinya.
Kamu menang di kalangan manusia Tetapi gagal di sisi tuhan yang maha Esa.


Jauhilah diri anda dari cerita fitnah
Kerana keburukannya bukan sadikit Sama dengan membunuh saudara kamu
atau memakan daging busuk saudara kamu fikirlah adakah kamu gemar perkara itu?


Oleh : Nurimanja,
Catatan kuliah subuh, Dua bulan yang lalu
21hb. Julai, 2011. Pagi hari.