Ahad, 30 Jun 2024

 






18 AKU BANYAK MENOLAK TUAH  

 

Sewaktu aku sekolah

Ada orang yang mahu mengambil aku

Menjadikan aku sebagai anak angkat mereka ?

 

Tetapi semua ditolak

kerana ayah rasa masih mampu lagi

Membiayai akan segala belanja persekolahan ?

 

Tamat tingkatan lima

Ditawarkan ke Linbia carigali minyak

Aku sendiri menolak kerana  kasihatan diriku ?

 

Balik kampung niaga

Tolong kedai kain baju abang iparku

Ditawar guru dya vyag sekolah agama rakyat  ?

 

Oleh Pena Utara

Catatan jam 6 .00 pagi

Tanggal  Ahad 18hb February 2024

 


AJAL ITU KETETAPAN ALLAH SWT

 




AJAL ITU KETETAPAN ALLAH SWT

 

 

Ingatlah!

Setiap yang hidup in

ka akan merasai azab kematian

Tidak boleh lagi lari walau pun dimana sahaja berada.

 

Sedialah!

Kerana Allah SWT

Akan memberi satu balasan nanti

Terhadap orang yang banyak bersyukur diberi nikmat.

Marilah!

 

Sesama ingatlah !

Allah SWT juga akan membalasnya

Setiap amalan kejahatan kebaikkan yang kita lakukan..

 

Awaslah!

Berhati-hatilah !

Kematian itu hak mutlak Allah S.W.T

Jadikan !

Dunia ini wasilah

Tempat kita menuai untuk ke akhirat

Niatlah segala kerja kita lakukan itu sebagai satu ibadat.

 

Oleh: Nurimanja.

Catatan jam 7.00 pagi

Isnin Tarikh 30hb Mach 2020 Photo hiasan .

 




DOSA ADA TIGA

 





DOSA ADA TIGA 


Satu:
Dosa meninggalkan kewajiban
Solat, puasa , zakat
kita lalai dalam ibadat
kita bersolat tetapi hati lalai.
 
Kedua:
Dosa minum arak dan berjudi
Makan benda haram
Berzina dan membunuh
Syirik dan kufur dalam agama.
 
Ketiga:
Dosa kepada sasame manusia
Makan harta faraid
harta orang dan anak yatim
Memfitnah menuduh orang lain.
 
Tebuslah dosa kita
engan banyakkan bersedekah
Solat malam
Lakukan amal kebajikan
Banyakkan zikir dan berastaghfar
.
Oleh Qalam Mutiara
Ctatan jam 5.50 pagiHari
Sabtu 17hbFebruari 2018.. 


ALLAH SWT PALING MURKA

 





ALLAH SWT PALING MURKA
 
Tidakkah kalian mengetahui ?
Allah S.W.T paling murka kepada si pendusta
Malah lebih murka lagi setelah berdusta dia berbangga
Lantas menceritakan kepada orang lain di atas pendustaannya
Ingatlah wahai saudara Islam azab Allah SWT amat pedih di neraka jahanam.
 
Mengapa kita menidakkan ?
Sesungguh kejadian Allah di bumi ini benar
Kita sering kali menikmatinya sebagai rezeki seharian
Bila lapar kita makan bila kenyang kita tidur bila bercakap dusta
Adakah kita mendustai diri kita sendiri dengan menafikan kejadian Allah SWT.
 
Allah menjadikan Syurga?
Ada bidadari ada dua anak sungai mengalir
Allah menjadikan neraka tempat penyeksaan hambanya
Buat mereka yang enggan sujud dan menafikan kebesarannya
Allah berulang kali mengingatkan mengapa kamu mendustai nikmat
Allah SWT?
 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam 4.50 petang
Tarikh Ahad 17hb Fenbruary 2019.
photo hiasan

APA DIRANCANG SEMUANYA PINCANG PECAH TEMBERANG?

 





APA DIRANCANG SEMUANYA PINCANG PECAH TEMBERANG?
 
 
Anda percaya ?
Cerita seorang ahli temberang
Kekadang dia yang rancang dia tuduh orang
Tetapi sayang kerja kelicikkannya sukar menampak belang
Malah apabila mendengar pidatu atau temberangannya mengalahkan bong karno ?
 
Sebenaranya ?
Dia ahli cukup pandai berlakon
Dalam derama dan setiap sandiwara bersiri
Akan membawa para penyokongnya dimana sahaja dia pergi
Malah sanggup berbaring bermalam di atas padang dan menguling di atas jalanraya ?
 
Apabila kuasa ?
Telah menjadi penyakit mabuk
Nafsu serakahnya tidak dapat dikawal lagi kini
Lalu dia pun mericau bagaikan orang gila dan sasau mengakui
Lepas PM 7 dialah sebagai calun penganti yang wajib mentakbir negara Malaysia ini
 
Oleh Geletek Pagi
Catatan jam 4.40 petang
Jumaat Tanggal 3hb April 2020

 

Khamis, 20 Jun 2024

KINI LANGKAHKU KIAN PINCANG


 





KINI LANGKAHKU KIAN PINCANG

 

 

Allah Hurabby

\Ya Allah Ya Tuhanku~

Apa yang dapat aku katakana

Langkahku kini kian pincang dan lemah

Ketuaan di usia senje kian mengcengkam kehidupan?

 

Apa yang perlu

Kita makhluk ciptaan

Terima sajalah pasrah qadaNya

Sama ada mataku rabun jauh atau dekat

Sehingga menganggu langkahku dan kerja seharinku ?

 

Itulah krhidupan

Janganlah mengeluh

Dimana kita bergerak itu sdaNya

Menjaga kita siang malam pagi petang?

Demi menilai keiman kita yang telah ditetapkanNya?

 

 

Oleh Pena Utara

Catatan jam 6 .00 pagi

Tanggal Ahad 11hb February 2024

 


IBADAH ITU BERBEZA


 





IBADAH ITU BERBEZA
 
Ada dua ibadat
satu ibadat hablulminallah
kita mengerja solat
wajib dilakukan dengan syarat yang tertentu
tanda taat dan patuh kepadaNya
Yang maha pencipta.
 
Kedua hablulminanas
ibadat kita sesame manusia
Kita keluarkan zakat
Wajib dilakukan dengan syarat yang tertentu
Tanda taat dan patuh kepdaNya
Yang Maha pencipta..
 
Dua perintah ibadat ini
Dinyatakan di dalam Al Quran
Ibadat solat dan zakat
Wajib kerjakan solat dan mengeluarkan zakat
Jangan mengajak orang buat baik
Tetapi kita sendiri tidak beriman kepada Allah SWT .
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 3.40 petang
Tarikh asal 14hb November 2018.
photo hiasan

1

PEREMPUAN MENCARI KERANG

 





AMPUNG HUTAN PEREMPUAN MENCARI KERANG
 
Di kepulauan Indonesia
Ada sebuah kampung Enggros
Di sana ada hutan perempuan mencari kerang ?
Tidak dibenarkan peria atau lelaku mendekatinya akan di denda ?

Agak aneh dan mengkagumkan bila di Kawasan itu khas untuk perempaun sahaja.
Di hutan perempuan ini mereka ada pemeriksaan jantina di kuala untuk masuk bagi mengesahkan
 
Kerana adat resamnya
Diwarisi daripada nenek moyang
Sehingga telah pun berlaku sejak turun temurun ?
Hutan perempuan tempat mereka melepaskan rasa tertekan ?

Kerana di rumah mereka terkongkong mengikut arahan tanpa berani bantahan .
Disini mereka bebas tanpa celana menyelam , bernyanyi sambal mencari kerang sebagai rezeki.
 
Jikalau ada perianya
Cuba menyeludup mencuri masuk
Para perempuan yang terlihat akan menjerek ?
Apabila muka peria itu dapat dicamkan akan di hukum denda ?

Tiga denda dike
nakan oleh ketua kampung manik berharga hitam, hijau dan kuning.
Justeruitu tidak siapa diantara peria yang berani masuk di Kawasan pulau hutan perempuan itu
 
Oleh Pena Utara .
Catatan Ziarah On lane
Pagi jam 11, Khamis 9hb April 2021

 


SEGERA BAYAR ZAKAT

 





SEGERA BAYAR ZAKAT
 
Zakat itu!
Ertinya bersihkan
Bagi orang yang berharta
Bila cukup haul dan hisapnya
Maka segeralah membayar zakat.
 
Cuma 25%
Dari harta kekayaan
Perlu dibayar setiap tahun
Bila cukup syarat perkiraanya
Ternakan, bijirin, wang dan emas.
 
Allah S.W.T
Akan menambahkan
Rezeki orang bayar zakat
Dengan menjauhkan musibah
Menolak dari segala bala bincana.
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.00 pagi
Tanggal 26hb Januari 2016. SS 9/4/2023

 

.SOLATLAH KAMU 3

 






SOLATLAH KAMU 


Bila masuk waktu
Terdengar sahaja azan
Segeralah kamu pergi solat
Berjumaah bersama dengan imam.

Bersolatlah kamu
Sebelum kamu disolatkan
Solatlah belakang para jemaah
Sebelum kamu di solat depan imam.

Solat jangan lupa
Cuma ada lima waktu saja
Kerana mati setiap hamba Allah
solat lima waktu kita ditanya dahulu.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 7.20 pagi
Tanggal 24hb Januari 2016. SS 5.4.2023

Isnin, 10 Jun 2024

TERKENANG~ r…….

 






BIL38 TERKENANG~
 
Kesian ya
Sesekali aku terkenang
Bila kepala Tok Wan berdarah ?
Semua cucu cicit Tok Wan ketawa
Cuma anak menantu  Tok Wan sahaja tersenyu,
 
Kenapa ya
Sebenarnya Tok Wan ini
Ingin bermanja dengan Tok Na ?
Sewaktu muda dahulu Tok Na yang
Mencukur kepala Tok Wan sehingga botak dan lincin
 
Nak tau ya
Satu kemesraan Tok Wan
Tiap kali minta Tok Na mencukur
Biar luka di kepalanya itulah rasa
Cinta hatinya  pada Tok Na semerah Darah mengalir…….
 
 
Oleh Pena Utara
Catatan jam 8 .00 pagi
Tanggal Sabtu 8hb June 2024

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

 






 PENANTIAN SATU PENYEKSAAN
 
 
Merenung
Tajuk sebuah lagu
Penantian satu penyeksaan
Apakah yang berlaku ke atas PM6?
Mengapa mesti menjadi rumah siap pahat berbunyi?
 
Dunia pun
Melihat melontar
Bertanyaan penuh suspen
Rakyat terharu penuh kekeliruan?
Dimana keadailan cekao Amanah bersih dilaungkan?
 
Janganlah
Sembang sahaja
Kata serang Yb anak muda
Jangan biarkan pepatah melayu ?
Tangan kiri sakau tangan kanan sembunyi diam diri?
 
Oleh Pena Utara
Catatan jam 6 .00 pagi
Tanggal Khamis 8hb February 2024
 


.1 SYAWAL RATU AGONG -

 






1 SYAWAL RATU AGONG
-buat sahabat CITRARASA
 
Satu Syawal
kau datang lagi menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.
Jika kau dedaun emas
gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu untukmu
syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..
 
 
Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara. 25 November, 2001.
Photo cuma hiasan SS 20/4/2023