Sabtu, 20 April 2024

SEMOGA AWAN HITAM BERARAK PERGI







SEMOGA  AWAN HITAM BERARAK PERGI
 
Ta Allah
Ya Tuhan kami
Kami mohon dan mengharap
Semoga awan hitam segera berarak pergi
Agar langit mendung kembali ceria semula bumi kami
 
Ta Allah
Ya Tuhan kami
Hanya padaMu pertolongan
Kami mampu merancang Kau menentukan
Aedala Apa yang baik kepadaMu jua kami mengharap      
 
Ta Allah
Ya Tuhan kami
Kembalikanlah keceriaan
Seperti yang pernah kami nikmatinya dulu
Agar menjadi Balladun Thaiyibatun warabbul ghafur..
 
 
Oleh Pena Utara
Catatan 5.30 pagi
Selasa Tarikh 29hb Januari 2024




DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN CUKUP BAIK TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.






DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN CUKUP BAIK
TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.
 
Wahai manusia!
Ketahuilah Dunia ini
Punya umur ada penghakhirnya.
Kini digambarkan dunia sudah tua nampaknya
Maka perlulah kita ketahui gambarannya kepada manusia ?
 
Contohnya kini
Seorang sudah tua
Banyak fungsinya telah hilang.
Mata rabun, telinga kurang pendengarannya
Kulit pula mulai berkedut tenaga dan fikiran kian lemah.
 
Justeruitulah!
Kita jangan pula lupa
Sebagi orang yang beriman
Mereka kena faham dan mengerti kehidupan
Kerana kehidupan ini ada penghujung di perjalanannya.
 
Maka rugilah !
Mereka tidak beriman
Memburu kehidupan dunia
Bagaikan tidak ada penamat atau kematian
Sejarah kehidupan kita di dunia ini pasti ada hari kiamat.
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan Ahad jam 6.00 pagi
Tarikh; 25hb Mach 2021/siqr semula 1./4/.2023

 





BICARA KITA SESAMA KITA DI BLOG SAHAJA






BICARA KITA SESAMA KITA DI BLOG SAHAJA
 
Maaf rakan!
Kami Cuma suka berseloka
Khasnya buat kita sesama kita
Jangan rasa ragu dan bimbang
Kita sekadar cuma sembang-sembang?
 
Cerita yang baik
jadikanlah tauladan
cerit yang buruk jadikalah sempadan
Kita sesama kita bagaikan air
Mana mungkin jika dicincang boleh putus?
 
Justeruitu ingat!
Lapangkanlah dada
Terimalah dengan seikhlas hati
Bahawa hidup ini cuma sementara sahaja
Berbicaralah sebelum kita meninggalkan dunia fana in….
 
 
Oleh Pena Utara
Sajak Percubaan anak muda kita
Catatan 27hb Mac, 2018.



DAKAH DUNIA MULAI BOSAN







ADAKAH DUNIA MULAI BOSAN

Dunia
Salam mualaikum !
Adakah Engkau kini mulai bosan
Melihat tingkah laku manusia yang lupa segala
Malah berbangga diri dengan keangkuhan dosa-dosa mereka?
 
Insan
Lihatlah musibah!
Kini bala bencana wabak melanda
Satu serangan penyakit yang membegongkan
Seluruh penghuni dunia menjadi cemas dan membimbangkan ?
 
Lihat
Wabak covid 19 !
Petanda kemurkaan Allah S.W.T.
Ingin mengantikan kita dengan genarasi lain
Kerana manusia kini banyak berbohong mencipta tohmah .

fitnah ?
Oleh Admin Muda
Cattan jam 5.00 petang
Jumaat Tanggal 20hb Mac, 2020

 

.NYANYIAN PUISI-PUISI TASBIH






NYANYIAN PUISI-PUISI TASBIH

 
Pernahkah kalian mendengar
nyanyian makhluk puisi-puisi tasbih?
dalam diam duduk berdiri dan bergerak
cuma orang-orang beriman menekmatinya.
Puisi-puisi tasbih bagai pagar di hati
terlalu sukar untuk dibolos dan ditembusi
daripada godaan syaitan dan juga iblis
merobek dan hancurkan hati anak Adam
Segala pokok, haiwan, dan ungas kecil
juga beburung terbang dan ikan-kan dilaut
semuanya acap bertasbih pagi dan petang
makhluk manusia yang masih pekak dan tuli
Orang-orang beriman tidak akan mungkar
akan segala kurniaan Allah swt ke atasanya
hati mereka akan gementar dan rasa takut
bila mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
begitulah bentuk rupa orang-orang beriman.
 
Oleh: Nurimanja,
Tanggal 7, jamadal awal, 1431.
Pagi yang bergabus BBPBL, Pulau Pinang.
Photo hiasan saja.