Selasa, 4 Januari 2011

KANAK-KANAK BAGAIKAN CENDAWAN




Diperhimpunan;
Satu pagi yang hening,
lewat lima puluhan ini
aku lihat kanak-kanak pra
bagai cendawan baru bercambah
yang lembek dan mudah patah.

Tahun satu dan dua
cendawan yang lebih besar sedikit
tetapi belum mengerti apa-apa,
tahun tiga dan empat
cendawan yang mula menghimpit
dan menyakit rakan sebaya.

Tahun lima dan enam
cendawan yang mula mengembang
mnenunjuk kehebatan masing-masing
dengan debu debu hitam di kepala
mula berterbangkan, rasa kemiangan
kini kita  perlu menjentek ……

Oleh: Nurimanja
Catatan di dataran Ilmu,  pagi
Isnin, Di perhimpunan April 2004. sksa.






50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG. Bab 4/ siri 3 Oleh Nurimanja PK..2002

    Tok Wan Dolah juga dikenali dengan nama penuhnya Tuan Syaid Abdullah, dia seorang siak di masjid Sungai Star, sempadan di antara Pulau Pinang dengan Parit Buntar, Perak, Waktu aku belajar di sekolah Pondok di Tanjung Piandang Tok Wan Dolah selalu datang melihat aku, Aku cukup kagum dengan orang tua ini, selalu saja dia bagi semangat pada aku, Tok Wan Dolah lebeh banyak mengingati aku kisah-kisah nabi dan para ambiak dan pernah dia menyebut kepada aku, banyak-banyaklah menyebut nama Allah daripada menyebut nama manusia,

    Aku juga pernah dengar daripada mulut Tok Wan Dolah sendiri, Aruah Tok Wannya dahulu pernah menebang batang nibung , kemudian merejam batang nibung itu ke arah perahu lanun, di kuala sungai Aceh, Malah ilmu keduniaanya luar biasa, pernah satu hari Tok Wanya menampar seorang tauke jual ikan di market, satu markek diam , tidak berani berkata apa.

    Tok Wan Dolah ada menyebut jampinya; Allah di hadapanku, Muhamad di kananku, jika bergerak putus sendi, jika melompat patah kaki, Haq Hu Haq. berkat doa lailahaillallah. jangan amal bahaya kata Tok Wan Dolah pada aku, aku terdiam.

    Sikap Tok Wan Dolah membuat aku rasa hairan, Bila dia datang ke kampung kami , tanpa disuruh , dia kan menebas ,dan mencabut rumput hingga cerah halaman rumah, kemudia dia membawa benih kopi, nangka madu ,dan belembing, bila aku tanya buat apa ini semua ? Tok Wan Dolah tersenyum menjawab, kalau halaman rumah semak, fikiran kita juga jadi semak, pokok-pokok ini kalau tidak berbuah pun , tidak mengapa , sekurang-kurang dapat juga burung bertenggek atau orang berteduh, dapat juga pahala.

    Tok Wan Dolah yang aku tahu tidak pernah nampak dia sakit atau deman , sentiasa sihat,amalannya senang sahaja, solat lima waktu jangan lupa, solat subuh itulah yang ramai orang berat sekali hendak melaksanakannya, tetapi itulah solat yang tidak pernah Tok Wan Dolah tinggalkan , Pernah abang Halim kata, Tok Wan Dolah berjalan dalam gelap pergi solat subuh, di dadanya semacam ada lampu, liplap-liplap.

    Dia masuk Hospital Parit Buntar pun kerana hendak pergi solat subuh, entah macamana di langgar lori ikan, berminggu dia terlantar di Ward itu, Setiap pagi bila masuk waktu subuh, bila dengar suara azan berkumandang, dia bergelut dengan kaki tangan Hospital herndak pergi solat subuh, sedangkan hidung dan tangannya dipenuhi wayer air dan udara, Sesekali dia memekek, Aku nak pergi solat , kamu tak bagi, dosa aku, semua kamu tanggung,

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KELUAR DARI ALAM REALITI!

    Aku berserah pada takdir
    Beri apa saja pada aku.
    Hendak belah hati aku
    Hendak siat jantung aku.
    Gorenglah aku garing-garing
    Tapi jangan sampai hangus
    Separuh aku semakin hilang
    Separuh semakin mendatang
    Suku lari terus menjadi tanda tanya
    Lama kelamaan semuanya
    Semakin pudar pulang-lah.
    Terbang tinggi sangat
    Jatuh sakit amat tapi bangkit!
    Mungkin masih mamai
    Tapi pasti tinggalkan alam mimpi
    Berjaya dapat visa penduduk realiti
    Namun perlu masa sesuaikan diri.
    Sebab mungkin hari ni
    Hijau tak lagi menyegarkan
    Biru tak lagi menenangkan
    Cinta tak lagi mengasyikan
    Rindu tak lagi menyakitkan.
    Aku sudah bebas bayangan cinta
    Mencari cinta tertib dan Islami.


    Puan Suhaila
    saya isteri kepada zainal arifin kalau en nuri x kisah terima sajak sy

    BalasPadam
  3. ADIK

    adik
    Jangan sekali main dengan hati
    Mudah patah, bahaya.
    Jangan terpedaya kata buaya
    Bahaya jiwa merana

    Adik
    Jangan ikut kata hati sentiasa
    Kelak badan binasa
    Jangan pernah benci cinta
    Dia pemurah beri kita
    Peluang ke dua dan seterusnya.


    Yusmanira
    sajak penjaga blog harap qalam x kisah

    BalasPadam
  4. JIKA DI IMBAS KEMBALI

    Jika menoleh kembali
    pada garis garis kenangan
    tentu ada berita gembira atau duka
    Menoleh dan terpandang
    Kembali parut parut luka.
    Meraih cerita semalam yang hilang
    dari helaian novel kehidupan.
    Lalu kenangan pun memutik
    calar hati berkabut lagi
    penyesalan seakan tiada kesudahahan

    Ustaz Helmi
    saya sahabat ustaz omar kalau en nuri x kisah terima sajak sy ni

    BalasPadam
  5. TUHAN

    Tuhan
    Kekadang terasa sayang-Mu
    Bersama kurnia hidayah
    Kekadang terasa murka-Mu
    Seiring patahnya mujahadah
    Tuhan,
    Terlerai ribuan taubatku
    Terungai semua janjiku
    Kataku sering mungkir
    CintaMu sering terpinggir
    Tuhan,
    Aku masih setia
    Mengemis di jendela usia
    Terus mencari wajah diri
    Menadah keampunan Ilahi!


    Haji Hamdan
    salam saya penjaga blog sahabat kpd tuan haji abkam

    BalasPadam
  6. Puan Suhaila dengan sajak nukilannya bertajuk: KELUAR DARI ALAM REALITI Pengucapan yang dimaksudkan sajak, penyerahan diri pada Khalid dan takdir qada qadar sepenuhnya. Kerana kenyataan dan reality hidup di dunia ini bagai tidak kemana, melaikan ada satu perjalanan yang lebeh benar dan Abadi. Soal cinta di dunia juga tidak kemana berbentuk sementara. Hanya cinta dan kerinduan haqiqi pada Allah swt dan agama Islam sebenarnya. Amin.

    BalasPadam
  7. ADIK sajak nasihat dan peringatan dari sdri Yusmanira menceritakan dan cuba melarang jangan sesekali suka bermain dengan hati,pastinya jika tersilap langkah akan merana diri, begitu juga jangan sekali ikut kata hati, silap langklah tergadai jiwa dan raga. Oleh itu boleh menilai dengan berwaspada sebelum menyerah dan terus percaya tanpa menyelidik dan usul pereksa. Semoga keadaan tidak begitu buat adik-adik. Amin.

    BalasPadam
  8. Ustaz Helmi dengan sajaknya dengan tajuk JIKA DIIMBAS KEMBALI atau cuba mengenang masa lampau yang telah berlalu. Sesiapa pun ada cerita yang tersendiri dalam memory hidup ini. Ada kenangan yang baik atau pun yang berduka semuanya sudah jadi lumrah dalam kembara di bumi Allah ini Dia juga merakan segala suka duka kita, sebagai sebuah citra yang perlu dinilai dan di selidik akan baik burunya cerita lakunan kita di dunia fana selama ini. Semoga banyak kebaikan. Amin

    BalasPadam
  9. TUHAN sajak nukilan sdra Haji Hamdan berbentuk puisi ketuhanan . Bagaimana Pengucapannya melahirkan rasa cinta, rindu dan sayang pada kewujudanMu.Dulu mungkin ada kesukaran yang menghimpit dan sering bergelut dengan keadaan masa yang amat menyeksa, untuk menunaikan segala perentahMu. Kini bila usia di ambang senja,Ingatan dan kerinduan begitu kuat menjelma. Dan hari-hari yang dinekmati ini dihabiskan dengan mujahadah dan menyerah diri sehalus debu memohon segala keampunan Llahi ya rabbi. Semoga taubat diterima Allah swt. Amin!

    BalasPadam
  10. hehehe btol apa yg dikatakan sajak ni bila atas pentas tgk bdk2 beribu mmg cendawan

    BalasPadam
  11. kuat imaginasi en nuri sy selama ni x perasan plak murid2 mcm tu byk di tafsir sebagai cendawan

    BalasPadam
  12. mmg benar bila kanak2 x terhitung jumlahnya

    BalasPadam
  13. btol tu en nuri kalau berdiri atas tingkat tinggi mmg mcm cendawan

    BalasPadam
  14. kalau berdiri di tempat koridor nmpk mcm cendawan hangit sbb nmpk hitam je...

    BalasPadam
  15. kanak2 ni mmg di ibaratakan cendawan.. hehe

    BalasPadam
  16. selalunya mcm tu la kanak2 bila masuk sekola hari pertama

    BalasPadam
  17. x perasan plak aku sbb semalam aku teman anak aku masuk darjah 1...

    BalasPadam
  18. cendawan plak mcm2 sajak perumpamaan en nuri ni.

    BalasPadam
  19. manusia kalau tgk dari atas kalau naik kapal terbang nmpk mcm semut jer...

    BalasPadam
  20. inilah rupanya kalau anak murid terlalu byk...

    BalasPadam
  21. menarik sajak perumpaman en nuri ni...

    BalasPadam
  22. x terpikir plak manusia ni mcm cendawan.. hehe

    BalasPadam
  23. bdk2 terlalu byk mcm2 ragam ada...

    BalasPadam
  24. bdk2 masa perhimpunan mmg lemah tp masa PJ cergas sntiasa...

    BalasPadam
  25. kat perhimpunan cerita lain kat kelas lain plak?

    BalasPadam
  26. hari pertamalah katakan mmg smua masih malas lagi

    BalasPadam
  27. mcm2 sajak2 en nuri ni smua kretif belaka...

    BalasPadam
  28. manusia pun mcm cendawan ada yg segar ada yg lembik

    BalasPadam
  29. kdg2 nk tergelak jgk tgk gelagat bdk2 di perhimpuanan ni

    BalasPadam
  30. bila baca sajak en nuri terkenang masa sy mengajar dulu skrg dh bersara dh

    BalasPadam
  31. kdg2 rasa terhibur jgk gelagat bdk2 drajh 1 ni...

    BalasPadam
  32. kenangan x boleh dilupakan adalah zaman masa masuk darjah 1... hehehe

    BalasPadam
  33. rindu plak nk nk skola balik bila baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  34. zaman skola la zaman yg paling best sekali

    BalasPadam
  35. itulah kanak2 masa perhimpuanan la dorg nk jd lembik...

    BalasPadam
  36. perhimpunan mmg agak membosankan bdgi bdk2 waktu rehat dorg cergas balik la

    BalasPadam
  37. aku bru je hntr adik aku mmg benar apa yg en nuri tulis ni smua lembik je... hahaha

    BalasPadam
  38. tok wan dollah dgn tok wan naim ni dua beradik ker?

    BalasPadam
  39. btol ke jampi en nuri bagi ni? tok wan dollah bagi betol ke? sy cuba td masa kat market masa teman isteri sy beli ikan tauke tu jual agak mahal sy baca doa en nuri tampar tauke tu sekali dia tendang balik peryt sy tersungkur dpn market tu selamat org mlyu byk klu x mati dh sy...

    BalasPadam
  40. td bob kuli kata dia cuba xjd sy plak cuba tampar apek jual asyur sekali dia lanyak sy! selamat sy sempat lari

    BalasPadam
  41. ayat tu btol ke en nuri? sy try jgk kat kawan sy dah lama sy dendam dgn dia? tp lain plak jdnya....

    BalasPadam
  42. ada pantang larang x en nuri?? sy cuba td berjaya!! tp sy cuba kt anjing sy baling batu baca ayat ni anjing tu tunduk...

    BalasPadam
  43. tok wan dollah ni mcm badang plak?

    BalasPadam
  44. guna tangan je belah pokok biar btol?

    BalasPadam
  45. eh! tok wan dollah ni tinggi ilmu dia ni...

    BalasPadam
  46. dia bomoh ke en nuri tok wan dollah ni?

    BalasPadam
  47. sy cuba ayat ni jd!!!! hahaha sy cuba kt gengster kt kmpung sy ni sy tolak kepala dia dia tgk sy terus tunduk selamat dia x balas balik terima kasih en nuri..

    BalasPadam
  48. ayat ni mmg ajaib la sy guna td bila pak cik sy suruh beli barang td sy saja2 nk cuba berkesan la sbb pak cik sy terus kata kejang otot... hehehe terima ksih en nuri...

    BalasPadam
  49. org bukan islam boleh cuba x en nuri?? kt tmpt sy ni byk kongsi gelap...

    BalasPadam
  50. mcm iron man je tok wan dollah ni dada ada lampu?

    BalasPadam