Isnin, 3 Januari 2011

ALLAH MASIH SAYANGKANMU




kategori sajak berunsur Islamik


Tatkala diriku lemah
Ya Rahman KAU suluhi cahaya marifatMu
Tatkala diriku goyah
Ya Wahhab KAU kurniai pedoman 'izzahMu
Tatkala diriku hanyut
Ya Fattah KAU bukakan pintu hidayahMu
Tatkala diriku jatuh
Ya Qawiy KAU selitkan sedikit kekuatan
KAU lampirkan segulung keazaman

Saat pengharapan hampir gugur
Saat mendung pekat menyelubungi
Saat badai ombak membanjiri
Saat lautan mula bergelora
Saat hujan membasahi bumi
Saat gerimis menitis
KAU hadirkan pelangi
mewarnai setiap ruang hati
keindahannya berserak
di segenap sudut maya
bak manikam terdampar
di perlimbahan
masih jua bersinar
disentuh cahaya mentari
Pada nikmat ini
Pada muhasabah ini
Bicara nenda:
"Allah masih sayangkanmu"
"Allah masih kasih padamu"
"Dan sentiasa di sisimu"


OLEH; PENDITA RAYA
di masjid selepas solat raya 2009 . 
DITERBITKAN  SEMULA 3/01/2011




50 ulasan:

  1. CERITA YANG KETIGA: USTAZ LEBAI NOH WALI KERAMAT


    Masa muda mereka kata dia garang, siapa yang tinggal di pondok disekitar rumahnya, dia juga selain mudir sekolah menengah agama shamsul maarif wataniah, menjadi tuk khadi nikah khawin orang di sekitar pekan tanjung
    piandang.

    Apa bila sudah tua melewati 60an marahnya tiada lagi, semangatnya sahaja yang lebih, sewaktu saya mengikut kelas nahu dia mengajar tasrip 10 atau 14, dengan mata terpejam dia minta kita semua ikut apa yang dia baca. Ramai pelajar mainkan dia. Setelah dia celek mata kelas kosong tinggal saya dan
    beberapa orang lagi.

    Apa yang menarik bila hari jumaat, kalau dia ditugaskan baca khutebah pada minggu itu, akan berlakulah gangguan terhenti seketika, para jumaah akan dapat menonton tangisan pilu yang menyebakkan dada, bersama lelehan air mata.

    Untas Lebai Noh seorang ustaz menjadi khatib membaca khutebah pasti dia mengalir air mata menikam dan menyucuk hati bila siapa yang mendengar dan menghayati khutebah penyampaiannya.

    saya juga dulu terikut rentaknya, bila saya baca berdoa dan menjadi iman tak sengaja memang saya sebab dan menangis. malah langsung tak boleh nak sebut,atau baca kena tunggu sebentar , baru mula pula
    gementar dan takut, Tetapi hari ini sudah okey. cuma saya enggan jadi iman.

    Dia juga berketurunan banjar agaknya sebab dengan saya selalu dia guna bahasa banjar "Hari ini aku mahu talah tasrip 10" katanya, kawan-kawan saya selalu ketawa
    dan tersenyum bila ustaz lebai noh bertutur bahasa banjar dengan saya. kerana mereka tahu saya orang kampung.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. MENGEJAR MAUT

    kita sering berlari-lari
    sampai berdarah luka di setiap
    letaknya kering bernanah
    tetap kita larikan juga jasad ini
    di setiap detik lelah jiwa ini
    sedikit pun tak pedulikan
    kerana yang penting,
    suapan emosi menjadi penuh maksima
    kering habis keringat hanya sisa
    tetap lari takkan pernah kita henti
    seperti mengejar maut
    sebelum maut datang ke detik


    Encik Qalifatullah
    harap qalam menerima sajak sy ni saya adik ipar kepada encik sanusi

    BalasPadam
  3. IA BAGAI KITA

    bagai kilat datang
    perginya sekerlipan mata
    bagai angin lalu
    hembusan damainya sedetik cuma
    bagai hujan
    turunnya menggila barang semusim
    bagai lalang
    geraknya tak ketentuan
    bagai awan
    bentuk yang berubah-ubah
    bagai mimpi
    datangnya cuma dalam tidur
    begitulah kitaserba seketika,
    tapi cukup rasa.
    tapi kerana dunia tidak sudah-sudah
    aku ludah dan mengasah
    panah dan busur sudah lama simpan
    hari ini harusnya
    keluar mencari sasar


    Nur Atikah
    percubaan sajak simbolik

    BalasPadam
  4. KOTAK LINTANG PUKANG

    pada angin lintang aku jeritkan
    panggil jiwa aku ke udara
    aku laungkan sehabis jiwa
    dari segala kehidupan
    aku cuma mahu kamu
    noktah kamu fahamkan.
    yang kurang semakin kurang
    yang tersisa semakin susut
    yang ada semakin mahu menghilang
    ada pun aku cuma mahu
    menghalau membuang pergi
    cerita semalam semalam
    paling tidak pun menyimpan kemas
    dilipat dan diletak di dalam kotak
    kemudian tak dibuka sampai akhir
    lari lintang pukang

    Raju Linggam
    salam berkenalan dari sy penjaga blog department lain

    BalasPadam
  5. GELAK TAKBUR

    gelak tabur hilang semua luka lara
    benci terbang ke awan
    marah meresap ke udara semua hilang
    tinggal rasa kosong seketika
    air mana memenuhkan segenap ruang
    ada rasa penuh sempurna
    mimpi bulan hilang
    mimpi bintang hilang
    mimpi matahari hilang
    tinggal adalah kosong tak bernyawa
    titik dan bernoktah


    Ustaz Omar Sharif
    sy imam di surau berdekatan semalam jalal mengajak saya masuk blog ni kebetulan sy pun minat menulis sajak

    BalasPadam
  6. Sajak Encik Qalifatullah bertajuk MENGEJAR MAUT membicarakan bahawa hidup ini bagai sedang berlari untuk menuju distinasi. Bagai pun maut pula bagai mengejar dan mencari kita yang berada di mana sahaja. Itulah kehidupan, bila maut dapat menangkap kita, langkah pun terhenti, maka tamatlah cerita kehidupan kita. Kini kita terus berlari tanpa berhenti, penat lelah tanpa pedulu, tidak akan toleh ke belakang lagi. Semoga kita sentiasa dalam berhati-hati dan berwaspada. Amin.,.

    BalasPadam
  7. Sajak IA BAGAI KITA. Nur Atikah kali ini membicarakan tentang pengalaman dalam kehidupan kita ini. Setiap apa yang berlaku dan dialami dalam kehidupan kita seharian ini adalah pengajaran buat kita menilai dan bertindak jika perlu. Dari lahir hingga dewasa adalah pengajaran yang tidak perlu berguru dan secara tidak langsung telah mengajar kita untuk menilai erti kehidupan yang boleh mendewasakan kita. Dan mematangkan fikiran untuk bertindak dan melakukan sesuatu yang lebih betul dan baik. Begitulah agaknya maksud si penulis dalam sajaknya, cuma andain , semoaga sukses. Amin!

    BalasPadam
  8. KOTAK LINTANG PUKANG sajak oleh Raju Linggam untuk mengakap maksud ternyata cerita yang berserabut dalam kehidupan yang menjadi igauan dalam kotak femikiran si penulis. Rasa mahu memekek dan meluahkan segala rasa keserabutan bagaikan mundah yang perlu dikeluarkan dari perut. Atau setidaknya masuk sahaja dimasukkan kedalam kota diikat dan disimpan tak perlu di buka lagi. Begitulah rasa kebencian si penulis pada kehidupan yang terlalu banyak permasallahan yang tidak sanggup lagi dilaluinya. Semoga kehidupan kembali ceria bersama tahun baru 2011 ini. Amin

    BalasPadam
  9. Sajak Ustaz Omar Sharif bertajuk GELAK TAKBUR pengucapannya bagai ingin mendedahkan kepada kyalayak bawaha apa yang ada cari dan buru semuanya akan terhenti, ketawa besar atau takbur anda di hari ini pasti akan terhenti, bila diaarah oleh Allah swt untuk berhenti. Dan disitu sajalah noktah terakhir anda,kerana tidak ada satu pun yang abadi. Justeruitu jangan terlalu takbur dengan gelak ketawa. Semoga Kita semua tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  10. sajak ketuhanan nampknya

    BalasPadam
  11. sajak yg agak menarik snang phm

    BalasPadam
  12. sajak yg best! hehehe

    BalasPadam
  13. bila plak sajak sy ni en nuri?

    BalasPadam
  14. sajak ketuhanan lagi? aduh..

    BalasPadam
  15. nampaknya sepanjang minggu ni smua sajak ketuhanan jer?

    BalasPadam
  16. sajak sapa plak ni? dia ahli ker?

    BalasPadam
  17. pendita raya? xpnh dgr pun nama dia ni

    BalasPadam
  18. sajak keinsafan la nampknya

    BalasPadam
  19. sajak utk tuhan la.. menarik

    BalasPadam
  20. katogori sajak lawak xde ke en nuri?

    BalasPadam
  21. esok katogori apa la plak? hehe

    BalasPadam
  22. mcm2 ketogori ada... hehhee

    BalasPadam
  23. sajak simbolik xde ke en nuri?>

    BalasPadam
  24. esok sajak org muda plak en nuri? hehe

    BalasPadam
  25. nampaknya sajak pndita raya pun x best! hehee

    BalasPadam
  26. sajak ketuhanan lagi ker?

    BalasPadam
  27. esok harap sajak sy plak?

    BalasPadam
  28. bila sajak nurkilan 2 plak disiarkan?

    BalasPadam
  29. sajak2 bekas anak murid en nuri xde ker?

    BalasPadam
  30. apa bnda mudir ni en nuri?

    BalasPadam
  31. shamsul maarif ni nama org ke? sapa dia ni?

    BalasPadam
  32. banjar org mana plak ni?

    BalasPadam
  33. lebai noh? eh! kebetulan nama sy tu dan kebetulan jgk sy pun baca khutbah masjid di sungai dungun tapi bukan selalu klu takda org sy ganti

    BalasPadam
  34. lebai noh ni x kwin ker?

    BalasPadam
  35. lebai noh? mcm pnh dgr je dia duduk kedai dua ker?

    BalasPadam
  36. lebai noh meninggal jgk ke ada lagi skrg ni?

    BalasPadam
  37. kurang ajar jgk murid2 dorg boleh plak lari bila dia pejam mata

    BalasPadam
  38. tasrip ni apa en nuri?

    BalasPadam
  39. ada aura kesedihan la ustaz lebai noh ni

    BalasPadam
  40. kalau ceramah boleh buat org nangis kira tinggi ilmu dia..

    BalasPadam
  41. lebai noh ni banjar ker?

    BalasPadam
  42. lebai ni umor brapa plak?

    BalasPadam
  43. kenapa dia mengajar tutup mata? msti la bdk2 lari...

    BalasPadam
  44. hebat jgk lebai noh ni sampai nangis org bila dgr ceramah dia..

    BalasPadam
  45. ustaz deraman ni asal org mana?

    BalasPadam
  46. dia ada lagi ke en nuri? suspen jgk cerita lebai noh ni?

    BalasPadam
  47. harap2 ustaz ni x meninggal sbb semua ustaz en nuri cerita akhir sekali semua meninggal...

    BalasPadam
  48. byk jgk ustaz en nuri kenal patutlah en nuri pun ustaz

    BalasPadam
  49. lebai noh ni sapa plak? hebat jgk dia ni aura kuat

    BalasPadam