Selasa, 4 Januari 2011

SYUKUR DENGAN KEJADIAN ALAM.



kategori sajak pilihan bertabligh 2009


Terkadang bila siang,
kita merindui rembulan
bila malam kita tanya kemana mentari
Sering kita tangisi hanya pabila tak lagi disisi
Aku tak mahu jadi begini,
Maka Malamku bersama rembulan,
kusyukuri dan kunikmati...
Walau kadang malamku suram
Siangku bersama mentari,
kusyukuri dan kunikmati,
Walaupun kadang bahangnya perit
Segalanya perlu disyukuri,
Kerna buat terasa derita bukanlah sekeliling
bukan mentari, bukan rembulan,
Tapi hati didalam...


OLEH: SAUDAGAR EMAS
di batu feringgi
25.12.209




50 ulasan:

  1. CERITA YANG KETIGA: USTAZ LEBAI NOH WALI KERAMAT siri ke 2.


    Satu lagi yang menarik ustaz lebai noh ini, aura dan pengaruhnya begitu kuat, ada seorang hamba Allah yang sanggup beri anak daranya yang come loteh secara percuma untuk berkhawin dengan untaz lebai noh. Saya pernah lihat
    isteri lebai noh tinggi dan besar bagaikan perempuan arab hidung pun bukan bentuk melayu.

    Ketegasan ustaz lebai noh minta kami tidur atas buah kelapa bulat sambil menghafal tasrip apa yang diberi, jika mata terpejam buah kelapa akan mengolek, kita pun terjaga, terus sambung mengafal lagi. Pernah satu hari seorang kawan hendak keluar pergi ke kedai runcit beli minyak masak
    hendak goreng ikan kering.

    Tetiba berjumpa dengan ustaz lebai noh. dia ditahan di tengah jalan. kemudian kawan saya itu, diminta menghafal tasrip 10 , jika gagal kena balik semula ke pondok jika dapat dan betul hafalannya, dibenarkan keluar beli barang keperluan.

    Ada diatara kawan-kawan saya mat gagap, hajar marzuki, aziz salim, hamzah, mat pendek, kerim dekat saya bila nak beli apa -apa barang keperluan. Malah saya selalu jadi orang suruhan ustaz Isa tak khawin sampai ke tua. Orangnya semart macam pelakon mat saleh tetapi tak ikut sunah nabi..

    Apa yang sedeh, ustaz lebai noh yang saya kasihi dan hormati, selepas seminggu saya berjumpa dengannya , berjam-jam cari rumahnya sudah tiada dia pindah dan
    duduk dengan anak menantu, sudah puluhan tahun lamanya. Apa yang anih dia maseh kenal suara saya. sedangkan anak cucu tia saban hari bersama dia tidak cam suara.

    Malah menantu dia sendiri pun terkejut, setahunya ustaz memang tak kenal sapa. cuma ada sebiji jam mangkok ditepi katil, dia kira bila masuk waktu sembanhyang . kata anak menantunya.

    Dia nampak tidak berapa uzur, cuma banyak tidur, tetapi banyak lupa hamper nyanyok juga kata sesorang
    menantunya, umurnya juga atas 80an agaknya.

    Selepas berbual bertanya khabar dia ketawa beria-ia nampaknya. Apa yang dia rasa lucu dengan cerita saya, saya pun tidak tahu. Masa itu saya belum dapat gaji, alah
    kadar sahaja saya beri sedekah ingatkan ustaz kita.

    Apa yang amat menyedehkan tidak pun
    sampai seminggu dengar kata ustaz haji lebai noh sudah pun pergi meninggalkan alam fana ini. (al Fatihah)

    SELESAI.

    BalasPadam
  2. PANGGILAN DARI ATAS

    Dia memanggil dari
    tingkat tertinggi
    aku di bawah sini
    mendongak ke langit
    dengan mata rabun tak ternampak
    aku lihatkan dari bawah ini
    adalah langit yang serba indah
    tinggi di atas sana serba sempurna
    yang kalian dari atas
    lihatkan cacat cela
    aku yang kerdil di bawah sini
    berdiri di birai tingkat teratas
    yang aku lihatkan dari bawah sini
    adalah yang serba sempurna
    yang engkau miliki
    yang aku serba kurang ini
    hanya bisa memimpi


    Tuan Ghamidi
    saya kenalanan rapat kepada encik sanusi

    BalasPadam
  3. KERUSI MALAS

    aku duduk di kerusi malas
    untuk bersenang-senang?
    siapa tahu mungkin.
    merangkap satu demi satu kata
    memutus segala tali-tali mengikat
    menjauh dari yang sempat terdekat
    akankah ada satu kata yang nyata?
    menderu angin menyapa
    melangit sang burung terbang melayang membumi aku sujud
    mencari erti dan kuatnya kita.


    Nur Atikah
    ni bukan sajak sy tp sajak atuk sy harap qalam x kisah

    BalasPadam
  4. BICARA KOSONG

    bukan lagi sebarang bicara kosong,
    angan bakal jadi nyata.
    jarak dua puluh satu hari terlampau jauh.
    mungkin sehari dua didekatkan.
    aku sudah jumpa malam
    ada bintang dan bulan,
    bukan langit kosong seperti selalu
    aku sudah ada matahari,
    bukan siang yang mendung.
    aku sudah rasa bayu,
    bukan kering yang tak berhawa.
    aku sudah rasa titis air bila mandi
    bukannya tak basah lencun
    aku sudah rasa hangat.
    walau ungkap jarang
    muncul ke telinga
    aku sudah ada dan aku rasa cukup
    walaupun jauh masih boleh digapai.
    walau jarang tapi masih boleh temu.
    setidak-tidaknya


    Ustaz Indera Viyaja
    Saya sahabat encik qalifatullah
    saya dari seberang

    BalasPadam
  5. PERCIK BUNGA API

    aku lihat percik-percik bunga api.
    yang tinggi di langit,
    yang indah kerana warna-warninya.
    kalau aku jadi bunga api.
    yang meletup berlepas ke langit.
    berderai menjadi percikan indah
    yang bisa buat orang senyum girang.
    aku rela mati korban diri.
    ada siapa-siapa perlu bunga api?
    tadi aku lihat acara kembang api.
    nama lain pertunjukkan
    bunga api kecil
    sudah lama aku simpan angan.
    mahu menyaksikan bunga api.
    impian aku selalu jadi nyata.
    tapi aku manusia hina.
    aku tak layak banyak bahagia.

    Miss Kim Cheung
    Maaf qalam saya kenalanan puan rosnah sy berbangsa cina harap qalam terima sajak bukan melayu

    BalasPadam
  6. PANGGILAN DARI ATAS sajak oleh Tuan Ghamidi pengucapannya bagai menceritakan akan kedahaifan diri bila disedari satu seruan atau panggilan yang mungkin berkumandang dari udara, mengarah kita semua sujudkan dahi kepada yang maha esa. Bila kita yang tersedar dari lamunan dan pukauan dunia selama ini, cukuplah amat terasa akan kelemahan dan ketidak kesumpurnaan diri pasti rasa hina dan mengecewakan di atas serba kekurangan dari diri orang lain. Sebenarnya rasa hina dan zuhud inilah orang yang pemohonan keamapunannya diterima Allah swt. Amin

    BalasPadam
  7. Nur Atikah dengan sajak atuknya (nama tak tahu) telah cuba mengetengahkan sajak bertajuk KERUSI MALAS. Penceritaannya bagai mengenangkan sesuatu yang agak
    merunsing dan mengharubirukan hati seorang yang kian menjelang senja. Hanya di kerusi malas ini si penulis berharap agar tali yang longgar perlu diperketat,bagi yang jauh perlu diperdekat. Semoga hati ini seiya sekata agar kekuatan tidak berpecah dan berbelah, barulah ada kekuatan bangsa kita. Semoga yang tua boleh bagi tunjuk ajar dan yang muda mendengar kata. Amin.

    BalasPadam
  8. BICARA KOSONG atau BUKAN BICARA KOSONG sajak daripada sdra Pak Ustaz Indera Vijaya orang seberang saudara seagama dan serumpun bangsa sanusantara. Terasa bicaranya tentang kehidupan yang telah dikecapi, tidak perlu menapi atau mendustai kenyataan ini lagi. Apa yang dicari dan dihajati telah pun diperolehi. Allah Bagai telah mengkabulkan segala hajat, kini si penulis sudah merasai sekadar lebih dari cukup, malah tercapai akan segala cita, itulah kebarangkalian pengucapan Pak Ustaz Indera Vijaya. Sekadar cuma andain. Semoga sukses dikekalkan Allah. Amin

    BalasPadam
  9. Miss Kim Cheung dengan sajaknya bertajuk PERCIK BUNGA API.Ternyata Dalam pengucapannya si penulis ingin menjadi dirinya ini sebagai bunga api, dengan warna yang berbagai bersama percikkan dan dentuman di malam hari, saban tahun atau jika ada perayaan, sesiapa pun akan menyukai warna dan cahayanya, malah menjadikan orang girang melihat bunganya yang kembang bergemilang lapan. Tetapi ini hanyalah Angan-angan kerana penulis seorang manusia yang tidak sunyi dari permasallahan di dalam menjalani kehidupan seharian di dunia ini. Semogasukses selalu..

    BalasPadam
  10. sajak ketuhanan lagi? aduh...

    BalasPadam
  11. sajak ahli smua ketuhanan je en nuri lps?

    BalasPadam
  12. terima kasih en nuri dan guest door kerana melepaskan sajak sy...

    BalasPadam
  13. lps ni kena selalu buat sajak ketuhanan la sbb smua sajak ketuhanan je en nuri lps...

    BalasPadam
  14. ayat tok wan dollah ni ada tertinggal apa2 ke? sy cuba td tp xjd la last2 sy kena balik

    BalasPadam
  15. SAYA CUBA JUGAK AYAT TOK WAN DOLLAH NI SBB TD MSA DI SEKOLAH SY TERNAMPAK PELAJAR HISAP ROKOK? TP WALAUPUN SY NI GURU DISPLIN SY TAK SUKA TANGKAP BUDAK2 TP PELAJAR ITU PLAK SERBU KAT SY ADA DALAM 4 ORANG TP ALHAMDULILAH BERKAT DOA TOK WAN DOLLAH NI MEREKA TAK SEMPAT MENDEKATI SY TERUS SEMUA KAKI KEJANG.

    BalasPadam
  16. snang je ayat ni nnt nk cuba la sbb sy kdg2 terlibat dalam operasi jenayah nnt xpyh la kejar dorg bila baca ayat ni

    BalasPadam
  17. en nuri tgk sendiri ke tok wan dollah baca ayat ni semua org kaku?? klu benar sy nk bagi kpd semua anggota sy sbb kami selalu terlibat dalam operasi rondaan di lorong yang agak banyak kongis gelap yg merbahaya

    BalasPadam
  18. ayat ni btol ke? nnt nk cuba jgk sbb anak sy skrg sudah pandai melawan takut jgk dia terajang sy

    BalasPadam
  19. mcm mana ada lampu plak dtg dari mana tu en nuri?

    BalasPadam
  20. tok wan dollah ni wali ker?

    BalasPadam
  21. tok wan dollah ni manusia ke hantu raya? pelik btol la dia ni

    BalasPadam
  22. tok wan dollah ni asal dari org bunian agaknya pelik la dia ni

    BalasPadam
  23. tok wan dollah ni keturunan wali agaknya

    BalasPadam
  24. tok wan dollah ni dia turunkan semua ilmu dia kat en nuri ker?

    BalasPadam
  25. tok wan dollah ni kuat agama btol...

    BalasPadam
  26. susah nk cari org mcm tok wan dollah skrg ni

    BalasPadam
  27. nk cuba boleh ayat ni en nuri? sbb sy geram jgk kt jiran sy nk rasa nk tampar dia tp takut dia balas balik jd nnt sy nk cuba ayat ni

    BalasPadam
  28. kalau asyar baca ayat ni msti jalal jd kaku masa nk tumbuk asyar

    BalasPadam
  29. ayat pelindung diri ke en nuri? nampaknya snang la lps ni nk cari psal... hahaha

    BalasPadam
  30. tok wan dollah ni bgus btol siap tebas rumput kalau sy dtg rumah org sy cari peti ais dulu... hehhee

    BalasPadam
  31. tok wan dollah ni msti guru silat ni? sbb sy pnh dgr ayat ni

    BalasPadam
  32. boleh cuba ke ayat tok wan dollah? x berdosa ke? cadang nk cuba tapi was-was...

    BalasPadam
  33. tok wan dollah ni msti org gerun tgk dia? dia ni asal dari jawa ker?

    BalasPadam
  34. wah! untung btol lebai noh dpt free anak dara org! wah

    BalasPadam
  35. sampaikan dorg nk kasi anak dara kat lebai noh? kuat pengaruh dia...

    BalasPadam
  36. harap2 sy pun dapat jgk tempias aura lebai noh kebetulan nama sy pun lebai noh... nama lebai noh siapa? saya nama penuh Abdullah Kamsari

    BalasPadam
  37. studt atas buah kelapa? nk cuba la sbb sy ni mudah mengantuk

    BalasPadam
  38. nk kluar beli barang pun kena hafak jgk? wah! tegas jgk lebai noh ni

    BalasPadam
  39. sy msa skola pondok xde la teruk mcm lebai noh ni ajar

    BalasPadam
  40. eh! kenapa nama sy pun ada sekali dlm cerita lebai noh ni? hehhee

    BalasPadam
  41. ustaz isa x kwin? mandul agaknya... hahahaha

    BalasPadam
  42. wah! en nuri byk kenalan ustaz patutlah en nuri aura kuat ambik serba sikit dorg punya la ni... hehe

    BalasPadam
  43. wah! masih ingat en nuri wlpn umor dia dah masuk 80!!

    BalasPadam
  44. pelik jgk dia ingat en nuri dorg je wlpn umor dh 80? dia nk beri en nuri ilmu dia ni..

    BalasPadam
  45. eh! dia sronok sembang dgn en nuri..

    BalasPadam
  46. mngkin en nuri muird kesayangan dia..

    BalasPadam
  47. mat gagap? mcm mana dia nk hafal kalau gagap?

    BalasPadam
  48. ustaz lebai noh ni meninggal mas umor brapa?

    BalasPadam
  49. al fatihah utk lebai noh ni bukan lebai noh ahli citra rasa nnt takut dia pikir lain plak?

    BalasPadam
  50. JAWABAN RENGKAS SAHAJA

    - Sebebarnya saya dengar saya tulis, telah puluhan tahun, catatan saya yang sebenar hilang. Jampi/Doa itu tak berapa betul. jangan anda cuba bahaya, takut makan diri sendiri. Kerana niat hati kena betul dan ikhlas.
    kau nak balas dendam, sesaja nak cuba, tak akan jadi. kata tok wan.

    Saya rasa boleh tanya Ahli Guru silat dekat blog CR atau pun pawang dukun tradisinol . nasrul haqq dengan jaffry. Saya rasa ada lagi ayat mula pada sebutan pertama, saya minta maaf tak ingat. Mungkin ada hikmahnya, kalau
    tak saya pun jadi samseng ambil upah pukul orang.

    Saya rasa tak pernah cuba pun ayat jampi itu. Semacam ada yang tak kena, sebab saya catat kerana tok wan dolah itu banyak ilmu ke duniaan nya dia dapat mana kitab buruk dalam itu macam2 ada, bila dia jumpa saya, tok wan pula
    asyek tanya saya boleh amal ke? saya pun pening masa itu umur belasan tahun dia minta pendapat kerana dia tahu saya budak pondok, tetapi dia tak tahu pun saya (zaman morden yang tak berapa pakar kitab kuning. ejaan lama ).

    -Harap anda jangan amal ilmu itu, kerana saya tak minta izin dari tok wan dollah mana boleh berkat, tanya guru silat. saya pun bukan semua tahu. ada juga yang jahil.
    Tetapi dua yang saya cuba amalkan dahulu memang berjaya. Ilmu cari jodoh untuk nak nilai pasangan yang amat sesuai, berjaya. tapi fomula itu pun dah tak jumpa.
    kena cari balik dalam 50 buah diary lebih itu, mana satu, semuanya dah berabuk.

    -Ilmu ghaib memang berkesan kita berjalan jadi laju terasa. lani saya dah tak ingat lagi tinggal yang hujung saja jampi/doa itu, malah hujan lebat orang basah naik basikal kita tak basah. Semuanya juga hilang saya tak amal lagi. Sebab saya dulu memang jalan tunduk bawah, warak , kini banyak dosa-dosa kecil, ilmu kebatinan pun banyak lari x menjadi, nakal lebih kurang pak kassim juga. ... Harap maklum.

    BalasPadam