Sabtu, 4 September 2010

CUMA TINGGAL MEMORY



Kehidupan ini
tersisih dari segala
ketandusan dan kerinduan
yang tinggal cuma kenangan
kerisauan suara hati di dalam
bagai tenat yang tidak dapat diubati.

Lelagu puisi
masih juga bepuput
melewati jendela angin malam
bersama gugusan air mata resah
hasil keperitan hidup luka parah
dari seorang anak muda yang kecewa.
diserang satu penyakit yang berpanjangan.

Oleh ; Nurimanja,
Tempat lahirku Di Perak.
29/12/1977.

50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 5 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________
    Lima belas minit kemudian . Husna pun sampailah di depan tangga rumah sewanya, setiap bulan bayar seratus lima puluh ringgit saja. Kekadang Umar Haslam selalu saja menanguhkan bayarannya. Setelah mendapat duit upah potong getah atau jual udang galah, dia kan menjelaskannya.

    Husna merehat dahulu di atas tangga beranda rumah itu, kakinya menjulur ke bawah,anakperempuannya meluru ke pintu, diamenyuruh mengabil air sejuk di dapur untuk menghilang dahaga di sebabkan berjalan di bawah panas terek mentari tadi

    Anak lelakinya di letakannya di sudut beranda yang sempit itu, kerana keletehan dia terlena panjangan. Sebentar Olie membawa membawa segelas air untuknya. Husna menekmati dengan rasa rangkusnya.Terasa kesegaran tenaga menjelma kembali, bila tekaknya sudah basah. Dia memang diharuskan berbuka puasa kerana syarat mengandung dikuatiri terganggu pembesaran anak dalam kandungannya.

    Sedang dia melihat wajah anak perempuannya yang sudah boleh membantunya, dia pun tersenyum sendirian, kemudia dia beralih pula kepada Muhamad Badawee yang masih lena itu, kasihan belum pandai berjalan betul sudah mendapat adik pula.

    Seketika dia terasa dalam perutnya ada berlaku tendangan kecil, dia faham seperti biasa, tanda anak dalam kandungan cergas dan sihat. Dia cuba memusing-musing tapak tangannya di atas perutnya sedang membesar itu.

    Dia menyesat-ngesat peluh di dahi dan tengkok ke dua anaknya. Dalam hati dia berazam. Selepas ini bakal anak-anaknya nanti , Tidak akan dibenarkan berkhawin terlalu muda dan belum mempunyai pekerjaan tetap. Dia tidak mahu seperti apa yang menimpa ke atas suami dan dirinya.

    .“Assalamualaikum Yang!” Tetiba dengar suara orang bagi salam
    “Waalaikumsalam… Eh Abang dah balik. Banyak abang dapat udang galah ke?, Wah kita buat gulai lemak bubuh belembing buluh ya bang.Nanti abang pergilah kait buah belimbing buluh di belakang rumah itu” Terliur bunyinya.
    “Tapi Yang bila balik dari kelinik?” Tanya Umar Haslam.
    “Baru saja kekejap tadi, peluh pun belum kering.” Jawab isterinya
    “Abang bercadang nak ambil Yang tadi dengan anak-anak kita,” kata Umar
    “Terima kasihlah bang. Ingat juga abang pada Husna dan anak-anak.” Sinis bunyinya.
    “Abang tak mahu orang kata,Abang cuma pandai buat anak tapi tak tahu jaga anak dan bini,” kata Umar haslam sayu.
    “Husna faham bang!:
    “Kita ini orang miskin dan susah Yang, Abang terpaksa buat apa saja,demi Husna dan anak”
    “Tapi Husna sanggup melahirkan berapa ramai anak abang,”
    “Kalau begitu, kita tak payah masuk Universiti pun boleh buat BA dan MA.”
    “ Abang dua kali BABA.”
    “ Dan Husna pula dua kali MAMA”

    Mereka ketawa serentak, memecah kesunyian tengah hari itu. Umar Haslam tersenyum dengar kata-kata isterinya itu,

    S E L E S A I.

    BalasPadam
  2. TERKENANG KE MASA DULU, HATI MERASA RINDU, MUNGKINKAH
    DAPATKU INGAT AKAN KISAH-KISAH YANG LALU.


    Waktu aku kecil dahulu, rumahlah tempat yang paling selamat,
    selain berteduh dari hujan panas dan terasa aman damai bersama ayah dan ibu.Entah kenapa aku pun tak tahu, cukup selamat bila berada di rumah .

    Tempat gelap juga aku takut, kalau aku bergerak di tanah aku akan bawa antang daun kering kelapa diikat dan dibakar menjadi lampu menyuluh jalan. Kata orang tua,
    jika harimau lihat dia juga akan lari.

    Kalau berjalan dalam gelap aku takut, kerana aku terasa semacam ada orang yang cuba bersama mengikut,Aku berjalan dia berjalan aku berlari , dia pun berlari juga ikut aku, itu yang aku hairan.

    Ada satu binatang yang orang kampong kata harimau belang yang berjalan di waktu malam di atasnya ada saekor burung gembala dia duduk di atas belakang harimau itu dan berbunyi begini: Kuang, Kuang Kuit, Kuit Kuit’

    Orang kampong mengelarnya burung Kuang Kuit, gembala kepada harimau belang atau dikenali dengan panggilan Tuk Cepoh, kerana kaki di sebelah kanannya kecil atau rengkat sedikit. Dia berjalan tidak setabil

    Apa yang dicari aku pun tidak tahu, bila malam jam 12 ke atas dia mula berbunyi dan Meronda
    disegenap kampong, membuatkan aku takut hendak turun ke tanah di waktu malam, memang semua orang kampong nibung hangus dan Tanjung Nipis tahu Aku tak tahu sungai Dunggung

    Cerita harimau Tuk Cipoh ini sehingga terbawa dalam mimpiku, kerana terlalu taku. Mak pula selalu mengemparkan aku kalau aku kuat menangis, memerap mak hendak buat kerja rumah, mak kata biar dia ikut Tuk Cepoh, aku menjadi cemas, dan tak mahu menangis lagi.

    Siapa Tuk Cepoh harimau jadian ini, sampai sekarang bila aku ingat adakah satu cerita donging,
    disengaja diceritakan untuk menakutkan kanak-kanak agar jangan suka menangis malam atau cerita lagendanya. Sehingga kini aku tak tahu jawapannya.

    Amat pelek dan menghairankan merata aku pergi dan duduk, memang aku tidak jumpa bunyi pelik suara burung itu. kisah Kuang Kuit, aku bercadang nak tulis cerita atau kisah burung dan harimau ini, tetapi tak tahu darimana asal usulnya.

    Kini masih ada atau tidak ada aku tidak tahu, apa yang aku tahu, burung masih berbunyi sudahturun temurun jendarasi di kedua kampong ini. Termasuk juga Estate Jin seng.

    Binatang ini dia suka duduk dikubur atau jerat hindu. Adakah dia Cuma saekor burung atau benar
    dia berkawan dengan harian bergelar Tuk Cipoh.

    Mat Noh siak pengali kubur di sungai dunggun atau kedua kampong tersusun boleh beri jawapannya.
    Kaaalau Mat Noh rajin bertanya dan menyiasatnya. Sehingga kini masih menjadi tanya tanya?

    Sekian pelek tetapi benar.

    BalasPadam
  3. PRASANGKA

    Pada mulanya ku sangka
    Yang hitam itu putih
    Yang putih itu hitam
    Yang tidur pemalas
    Yang berjaga itu rajin
    Yang makan pelahap
    Yang menangis sedih
    Yang kaya bongkak
    Yang diam kera sumbang

    Tapi sangkaan ku silap sama sekali
    Kerana tidur dia mungkin penat
    Berjaga tapi lakukan kerja sia-sia
    Makan kerana lapar seharian puasa
    Menangis takut balasan tuhan
    Kaya gunakan harta untuk kebenaran
    Bila diam dia menjaga tutur kata
    Jadi apa-apapun yang kita sangka
    Bersangka berbaiklah dengan semua
    Kerana tak semestinya baik diluar
    Mesti baik juga didalamnya...


    Stephen Yashoor
    gelagat student tempat sy berlajar
    5pagi

    BalasPadam
  4. Sajak oleh Stephen Yashoor sama dengan sajak Hantu gigi berbentuk teka teki,Cuma perbezaannya Stephen Yashoor ada jawab yang diberi, tetapi Hanti Gigi,sehingga kini tak ada siapa dapat memberi menjawabnya. Akhir sekali dia sendiri pun tak tahu apakah jawapannya.

    Percubaan pertama agaknya dari Stephen Yashoor pengucapannya mudah dan senag ditangkap persoalannya, lebih senang dan mudah Stephen Yashoor sendiri telah pun memberi jawapan pada persoalan yang diberi, khalayak cuma perlu berfikir benar atau sebaliknya apa yang dibicarakan. Hanya orang yang berfikiran kreatif saja yang boleh atau
    dapat menangkap catatan keadaan perjalanan seharian kehidupan masyarakat seorang insan. Amin.

    BalasPadam
  5. sajak kenangan plak?

    BalasPadam
  6. cuma tinggal memori sedih plak sajak ni...

    BalasPadam
  7. sajak kenangan yg sdih ni....hmm..

    BalasPadam
  8. kenapa plak cuma tinggal memori jer?

    BalasPadam
  9. mcm pnh baca je sajak tinggal memory ni?

    BalasPadam
  10. sajak yg sayu je... tinggal memory...

    BalasPadam
  11. sajak sedih plak kali ni? xde ke sajak2 ramadah lagi?

    BalasPadam
  12. seram plak baca cerita en nuri ni sapa plak ikut berjalan?

    BalasPadam
  13. cerita ni menyeramkan jgklah cerita btol ke en nuri?

    BalasPadam
  14. eh! klu jalan dalam gelap ade org ikut kita ke????

    BalasPadam
  15. huh! burung ape plak tu??/ seram plak...

    BalasPadam
  16. burung jelmaan kot en nuri?

    BalasPadam
  17. apa nama burung tu??? xpnh dgr pun...

    BalasPadam
  18. seram plak dgr psal burung dgn harimau ni...

    BalasPadam
  19. rasanya hantu la harimau dgn burung tu...

    BalasPadam
  20. tok cepoh?/ seram naik bulu roma plak...

    BalasPadam
  21. burung tu hantu kot agaknya?

    BalasPadam
  22. rasanya dorg penunggu ko harimau dgn burung tu...

    BalasPadam
  23. pelik jgk dgr cerita en nuri seram bulu roma...

    BalasPadam
  24. burung kuang kuit tu spesis burung apa plak?

    BalasPadam
  25. ada lagi x burung kuang kuit tu?

    BalasPadam
  26. rasanya dorg tu bunian kot? tgh2 malam meronda plak?

    BalasPadam
  27. rasanya cerita dongeng je kot? saja nk tkutkan bdk2?

    BalasPadam
  28. xpnh dgr pun pasal kisah tok cepoh ni?? dia harimau jadian ke?

    BalasPadam
  29. huh! menyeramkan selamat bulan puasa.. harimau jadian la agaknya...

    BalasPadam
  30. mmg misteri smpai skrg cerita harimau tok cepoh ni ke?

    BalasPadam
  31. eh! sapa yg ceritakan kt en nuri pasal harimau tok cepoh ni?

    BalasPadam
  32. entah2 harimau dgn burung tu jelmaan hantu raya kot?

    BalasPadam
  33. skrg masih ada lagi ke burung tu kt kmpung en nuri?

    BalasPadam
  34. cerita burung tok cepoh ni berkisar tentang zaman bila? 80an ke 90an?

    BalasPadam
  35. burung tu jelmaan tok cepoh kot?

    BalasPadam
  36. rasanya harimau dgn burung tu belaan hantu raya org kmpung kot?

    BalasPadam
  37. eh! org kmpung x sisat ke psal burung dgn harimau ni?

    BalasPadam
  38. mngkin burung tu jelmaan tok cepoh? harimau tu dia punya binatang perliharaan kot?

    BalasPadam
  39. malam je dorg menjelma? siang xde ke en nuri?

    BalasPadam
  40. en nuri berjalan malam2 rasa org ikut? burung dgn harimau tu kot yg ikut? hehe

    BalasPadam
  41. agak2 zaman skrg ni dorg wujud lagi x en nuri?

    BalasPadam
  42. cerita ni tahun bila berlaku en nuri?

    BalasPadam
  43. mcm pnh dgr je cerita en nuri ni atok sy pnh cerita jgk...

    BalasPadam
  44. dia ada serang org kmpung x en nuri???

    BalasPadam
  45. dorg x pasang perangkap ke nak menjejaki burung dgn harimau tu?

    BalasPadam
  46. msa bulan puasa pun burung dgn harimau tu ada x?

    BalasPadam
  47. rasanya dorg tu jelmaan atau penunggu la....

    BalasPadam
  48. meremang bulu roma baca cerita en nuri ni...

    BalasPadam
  49. cerita burung dgn harimau ni klu buat cerpen best ni...

    BalasPadam
  50. seram baca cerita en nuri sambung la lagi....

    BalasPadam